Perkhidmatan Kawan Baik
Industri Pertahanan Malaysia
Saya respon kepada laporan akhbar di sini, berkenaan cadangan penubuhan Fakulti Industri Pertahanan di UiTM, yang dicadangkan Menteri Pertahanan melalui Majlis industri Pertahanan, Penguatkuasaan & Keselamatan (MIDES).
MIDES – Saya kurang pasti mengenai MIDES, kerana sebelum ini sudah ada MDIC – Majlis Indutri Pertahanan Malaysia, yang berperanan membangunkan industri pertahanan negara, daripada sebagai ajen kepada OEM sahaja kepada menjadi pembuat peralatan pertahanan. MDIC ditubuhkan pada 1999, turut berperanan untuk membantu ahlinya memasarkan produk mereka ke luar negara.
Sehingga kini, industri tersebut tidaklah teralu menonjol, walaupun tidak dinafikan adanya pemain industri ini yang berjaya. Namun, adakah MDIC boleh dikategorikan sebagai berjaya? Anda tentukan! Dan kini muncul pula MIDES.
Berbalik kepada respon terhadap cadangan penubuhan Fakulti Industri Pertahanan, saya berpendapat sudah ada cukup tenaga pakar yang dilahirkan, tetapi mereka tidak digunakan sebaik mungkin. Saban tahun, beribu-ribu jurutera dan ahli sains dilahirkan daripada IPTA dan IPTS tempatan, namun kemana mereka?
Bidang industri pertahanan adalah terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran yang juga perlu dalam industri lain, jadi mengapa perlu pengkhususan sebegini?
Mengambil contoh jurukimpal yang diperlukan oleh industri, negara sudah memiliki banyak pusat latihan untuk melahirkan jurukimpal sedemikian, cuma yang perlu tambahkan bilangan jurukimpal yang dikeluarkan setiap tahun.
Jurutera sivil dan struktur, mekanikal, mekatronik, elektrik & elektronik, kajiterbang, marin, ahli bioteknologi dan pelbagi lagi kepakaran telah wujud dalam pelbagai sektor, cuma mereka kurang menceburi sektor pertahanan kerana senario industri itu sendiri.
Dengan menjalankan Khidmat Negara secara ketenteraan sepenuhnya, dan memantapkan penglibatan orang awam dalam pasukan simpanan, maka masayarakat akan lebih faham tentang ketenteraan dan industrinya, sekaligus melahirkan warga yang boleh menyumbang kepada industri tersebut. Selain itu, mungkin tiada lagi isu mempertikaikan perbelanjaan pertahanan sekiranya sudah ramai warga yang terlibat dan faham mengenai industri ini.
MIDES / menteri pertahanan juga mencadangkan penubuhan satu unit penilaian bagi penggunaan peralatan persenjataan, mungkin mereka tidak pernah dengar tetang STRIDE?
Peranan dan fungsi STRIDE dilaksanakan melalui berbagai-bagai aktiviti berikut :
i) Penilaian Teknikal
Merangkumi penentuan kesesuaian sesuatu barangan melalui penilai contoh, risalah, bahan, spesifikasi, standard dan lain-lain. Lazimnya penilaian teknikal dilakukan pada peringkat terawal dalam proses perolehan perkakasan, bahan, peralatan, sistem dan sebagainya.
ii) Pengujian dan Ujinilai
Melibatkan kerja-kerja makmal dan lapangan dalam pengendalian dan penganalisisan kesesuaian sesuatu sistem, peralatan, perkakasan, bahan dan sebagainya. Lazimnya keperluan pengujian teknikal ditentukan dan dipohon oleh unit-unit tentera mengikut keperluan dan keadaan sistem-sistem yang beroperasi.
iii) Penyelidikan dan Pembangunan
Bertujuan membangunkan keupayaan teknikal dalam menyaingi teknologi ketenteraan masa kini dalam bidang-bidang khusus yang dipertekankan.
iv) Penyiasatan
Dilakukan atas permohonan tertentu, lazimnya akibat kerosakan dan kemalangan. Tujuan penyiasatan ialah menentukan punca-punca kerosakan atau kemalangan bagi maksud pelaporan dan penyediaan syor serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelak perulangan insiden.
v) Seminar Teknikal
STRIDE kerapkali menganjurkan seminar teknikal dalam pelbagai bidang.
Sekian.
Kempen JOM SOLAT di Facebook
Latar Belakang
Muktahir ini, pelbagai tanda-tanda telah Allah tunjukkan sebagai peringatan kepada hambanya. Maka, sebagai golongan yang sedar, haruslah kita segera bertindak menyelamatkan diri, keluarga dan umat daripada terjerumus ke dalam lembah yang tidak diredhai oleh Allah.
Objektif
Melakukan kewajipan sebagai muslim dengan berdakwah, iaitu dengan memulakan langkah kecil dengan mengajak rakan bersolat. Amal Makruf!
Perlaksanaan
Mungkin sesetengah kita berat mulutnya untuk menuturkan kepada rakan di sekeliling untuk mengajak mereka bersolat. Oleh itu, langkah mudah adalah dengan mempamerkan status di Facebook mengajak rakan bersolat. Mungkin berhasil. Insyallah!
Manfaat
Dengan mengajak rakan bersolat, kita dapat menguatkan ummah kerana solat itu tiang agama. Seruan solat ini juga dapat menggalakkan rakan-rakan kita mengerjakan solat di awal waktu, meninggalkan seketika kealpaan dunia, dan menguatkan ummah dengan solat berjemaah.
Manfaat untuk diri sendiri pula adalah kita tidak akan mengajak rakan kita untuk bersolat jika kita sendiri tidak bersolat. Jadi, pasangkan niat, kemaskini status (mengajak rakan bersolat) dan tinggalakan computer anda menuju Allah. Sujud kepadaNya!
Contoh template:
Rakan-rakan,
Telah masuk waktu solat ASAR.
JOM SOLAT.
Sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran dan menjauhkan kita dari api neraka!
JOM SOLAT dan rebutlah rahmat Allah!
p/s: copy & paste mesej ini di profil anda untuk menyokong KEMPEN JOM SOLAT DI FACEBOOK!
Bendera
Berita mengenai Libya di KOSMO Online
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
Perhatikan bendera Libya yang dikibarkan.
Semak bendera Libya sebenar di sini.
http://en.wikipedia.org/wiki/Libya
Semak bendera Iraq di sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Flag_of_Iraq
Bye.
World Invasion – Battle Tripoli
Serangan bersekutu ke atas Rejim Muammar Gaddafi telah dizahirkan. Atas nama ‘kemanusiaan’ untuk menghukum dan menggulingkan Kolonel badwi tua itu yang berlaku zalim kepada penentangnya, maka dilancarkan serangan atas bendera PBB.
Jika di Somalia Farah Aidid cuba dijatuhkan melalui penggunaan pasukan khas bagi menculiknya, dan di tempat lain pula mereka (baca Amerika & sekutu) memberi bantuan kepada penentang tempatan untuk melawan kerajaan semasa, maka mengapa perlu penggunaan cara konvensional dalam kes di Libya.
Nampaknya Obama dengan pendekatan berhemahnya sebelum ini telah mencipta medan perang baru setelah berkira-kira untuk meninggalkan Afghanistan yang mereka telah temui jalan buntu dalam memburu Osama. Di Iraq pula mereka berjaya mewujudkan ketidakstabilan sambil mereka rakus menyedut hasil buminya, sampai sekarang tidak terjumpa senjata pemusnah buatan Saddam untuk dunia.
Atau adakah ini hasil usaha pelobi zionis dan pedagang senjata yang perlukan medan baru bagi memasarkan dagangan mereka?
Jika tidak kerana kekayaan Libya dengan telaga emas hitamnya, pasti Libya dengan pemimpin zalimnya tidak dihiraukan seperti Myanmar yang tiada harga bagi kuasa besar untuk mereka kotorkan tangan mereka mereka dengan darah orang awam atas nama collateral damage.
Sudah adakah pelan pengembalian kepada rakyat Libya setelah Gaddafi diundurkan? Siapa yang akan naik? Acuan Amerika atau akan ada referendum? Atau segalanya akan tertangguh supaya sempat gergasi dunia itu menyedut minyak Libya terlebih dahulu.
Fuck America!
OIC tidak bersuara? Kita tunggu reaksi tempatan daripada Najib dan orangnya. Mungkin Rosmah berhak ditemuramah terlebuh dahulu. Pasti ada pendapat bernas.
Haha.
Jika anda berpuas hati dengan karangan ini, KLIK DISINI
Bible, Injil & Alkitab
Selain bencana gempa bumi, tsunami dan kemalangan nuklear di Jepun, beberapa isu tempatan seharusnya diberi perhatian juga. Setakat ini, isu ini hanya berlegar dalam kekangan oleh media cetak, dan media elektronik terutamanya gagal memainkan peranan dalam mengupas isu ini.
Sensitif dan sentimen? Fuck!
Jika Anwar tidak memberikan sampel DNA pun sudah ada yang berdemo, mengapa isu ini dikecilkan? Mana PAS? Mana Pemuda PAS? Mana UMNO? Mana Pemuda UMNO yang lantang? Mana Ibrahim Ali PERKASA yang hebat? Mana Ali Rustam Dunia Melayu Dunia Islam? Menikus, diam seribu bahasa dan cakap dalam kelambu sahaja.
Adakah agama kristian dibenarkan disebar dan didakwahkan di Malaysia? Adakah sudah ramai Melayu beragama kristian, jika benar, suruh mereka sendiri failkan petisyen untuk melepaskan Injil berbahasa Melayu tersebut. Jika sejak 1982 pun telah dibenarkan pengeluaran terhad & terkawal Injil berbahasa Melayu, apa sudah jadi dengan Melayu Malaysia? Inikah yang dibanggakan sangat dengan Melayu?
SLOGAN 1MALAYSIA NAJIB terperangkap dalam situasi ini? Fuck!
Kenapa Idris Jala pula yang membuat pengumuman berkitan kitab Injil tersebut? Apa sebenarnya portfolio beliau di Jabatan Perdana Menteri? Menjaha hal ehwal agam kristian? Apa reaksi Jamil Khir?
Adakah sudah sampai masanya perbandingan dan debat antara agama dimulakan?
Mungkin tak perlu risau sangat. Orang Melayu kan malas membaca, jadi jika ada 3 juta naskah pun Injil berbahasa Melayu, mungkin hanya akan tersimpan di rak buku sahaja (setelah diberi percuma)
Kembalilah kepada Islam. Jalan Selamat. Berjuang menegakkan Islam bersama gerakan Islam. PAS.
Jika anda berpuas hati dengan artikel ini, KLIK DI SINI
Radiasi / Nuklear
SGPV untuk TLDM
SGPV adalah Second Generation Patrol Vessel. Sebelum ini, TLDM telah memperolehi 6 buah Offshore Patrol Vessel yang dibina menerusi projek NGPV (New Generation Patrol Vessel) yang penuh masalah, lambat, dan memakan kos yang amat tinggi. Tidak mengapa kerana itu adalah projek skala besar pertama negara dalam pembinaan kapal tentera laut berteknologi tinggi termasuklah aktiviti pemindahan teknologi.
Walau bagaimanapun, apabila diumumkan tentang projek SGPV termasuk kosnya, terus menjadi bahan bualan utama bagi mereka yang memberi tumpuan terhadap urus tadbir kewangan negara dan pemerhati pertahanan. Ramai yang menyatakan kos RM 1 bilion bagi sebuah kapal yang dicadangkan terlalu tinggi. Selain itu, tidak banyak berita daripada pihak Kementerian Pertahanan yang memberikan input dari segi ketenteraan tentang projek ini melainkan kemungkinan pembahagian kek ekonomi yang luas melalui projek ini. Jangan salahkan rakyat dengan menuduh mereka tidak membaca!
Saya tidak dan belum berhasrat untuk memberi penilaian lebih teknikal berkenaan projek ini. Sebaliknya yang menimbulkan tanda tanya bagi saya, adakah Naval Dockyard telah benar-benar bersedia dan berkemampuan untuk menjalankan projek besar seumpama ini. Adakah Naval Dockyard telah belajar daripada kesilapan dulu yang merugikan, dan adakah Naval Dockyard telah diuji dan teruji untuk memastikan kesilapan dulu tidak lagi berlaku? Ingat, masalah projek NGPV boleh dihindarkan jika tidak berlaku masalah tadbir urus dan perancangan teliti.
Mengapa Kementerian Pertahanan tidak memulakan dengan projek pembinaan sebuah kapal sahaja untuk menguji kemampuan Naval Dockyard? Atau adakah kita mungkin terpaksa sekali lagi melalui kepahitan projek sakit NGPV? TLDM tidak mampu untuk menunggu lama bagi menguatkan armadanya kerana ketidaktentuan konflik yang memerlukan penglibatan flotila TLDM. Adakah perlu lagi langkah terdesak seperti pembangunan BM5?
Majulah armada untuk TLDM.
Kemboja, Thailand & ASEAN
Tentera kedua-dua negara, Thailand & Kemboja masing-massing bertempur di kawasan sempada yang dipertikaikan. Semalam Kemboja telah menghantar permohonan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memohon campur tangan segera untuk menghentikan perbalahan yang didakwa atas tindakan Thailand menceroboh sempada mereka.
Adakah Kemboja di pihak yang kalah? atau mereka benar-benar teraniaya dan tidak mahu berlaku pertumpahan darah di pihak mereka.
Adakah perlu campur tangan tentera pengaman? Adakah Malaysia akan turut serta sepertimana ketika cuba menjadi pendamai dalam krisis di selatan Filipina.
Di manakah fungsi ASEAN? Sekadar rakan sukan dan budaya dan akan terus berdiam diri seperti krisis demokrasi Myanmar. Sama-sama kita saksikan dan tunggu komen Najib dan Anifah Aman.
Rakyat & Hutang
Terbaru Pakatan Rakyat mendedahkan jumlah hutang isirumah di Malaysia berjumlah RM 577 bilion.
Pinjaman Kenderaan: 118 bilion
Pinjaman Perumahan: 225 bilion
Pinjaman Peribadi: 22 bilion
Hutang Kad Kredit: 200 bilion
Andaikan rakyat Malaysia berjumlah 22 juta orang, maka setiap orang mempunyai hutang sebanyak RM 1000 (Pinjaman Peribadi). Jadi, impian untuk tubuhkan koperasi akyat Malaysia bagi membeli PLUS bukan cakap kosong. haha
Hutang kad kredit amat memeranjatkan! 200 bilion? ditambah lagi dengan cukai sebanyak RM 50 setahun bagi setiap kad. Itu bukanlah cara untuk mengurangkan penggunaan kad kredit oleh rakyat, sebaliknya pengawalan yang lebih efektif lebih penting. Had kredit mestilah tidak melebihi sebulan gaji!
Saya menyokong cadangan pakatan rakyat untuk mengurangkan jumlah cukai automotif yang terlalu tinggi! Memang benar industri automotif negara perlu dilindungi, tapi tempoh hampir 2 dekad untuk melindungi industri berkenaan hanya menjadikan merka jaguh kampung. Mereka perlu belajar bersaing!
Hidup rakyat!
Public Relations & Keperluan ATM
Assalamualaikum w.b.t.
Ketika zaman Tun Mahathir dulu, khususnya selepas krisis ekonomi 97-98, beliau berusaha memaparkan bahawa Malaysia sebagai negara yang baik supaya mendapat keyakinan semula pelabur.
Namun pemimpin masa kini tdak berusaha sekuat itu, hanya berusaha kuat untuk menampakkan merka sebagai pemimpin yang hebat, lantaran tiada pun kehebatan yang sebenar yang boleh ditampilkan.
Akan cuba untuk menulis mengenai keperluan workhorse TUDM dan projek Second Generation Patrol Vessel TLDM. Tidak lupa keperluan pesawat sayap putar untuk ATM.
Jumpa lagi.
2010 in review
The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.
Crunchy numbers

A helper monkey made this abstract painting, inspired by your stats.
A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 4,400 times in 2010. That’s about 11 full 747s.
In 2010, there were 70 new posts, growing the total archive of this blog to 127 posts. There were 2 pictures uploaded, taking up a total of 2mb.
The busiest day of the year was November 21st with 54 views. The most popular post that day was Dulu Hingga Kini, Masalah Tetap Sama.
Where did they come from?
The top referring sites in 2010 were facebook.com, search.conduit.com, google.com.my, mail.yahoo.com, and mersingjohor.wordpress.com.
Some visitors came searching, mostly for perpaduan melalui pendidikan, mersing laguna, akademi laut malaysia, perpaduan kaum melalui pendidikan, and perpaduan dalam pendidikan.
Attractions in 2010
These are the posts and pages that got the most views in 2010.
Dulu Hingga Kini, Masalah Tetap Sama April 2009
94 comments
Perpaduan Nasional Melalui Keseragaman Pendidikan Kebangsaan July 2007
1 comment
Ekor Kuda 4D May 2009
Mersing Laguna Reclamation May 2008
5 comments
Akademi Laut Malaysia : Pandangan Saya August 2007
6 comments
Idea
Bagi tujuan merancakkan pemikiran dan mencambahkan kreativiti murid sekolah rendah, berikan mereka ruang untuk berkarya dan berekspresi.
Berikan mereka dinding kosong dan bebaskan mereka untuk melakukan apa sahaja. Dinding yang indah dan kreatif akan terus terpamer untuk tempoh lama.
Jangan pimpin mereka untuk karya pertama. Selamat mencuba.
Fixed Riot Fighting System
Keterangan Sistem
- Perlu dipasang di stadium-stadium yang berisiko tinggi.
- Apabila berlaku kekecohan, sistem akan diaktifkan daripada bilik kawalan mengikut sektor.
- Tujuan utama sistem adalah untuk mengasingkan 2 kumpulan yang bertelagah.
- Sekiranya keadaan tidak terawal, penyebaran menyeluruh boleh dilakukan untuk tujuan pengusiran/bersurai.
- Jenis medium yang boleh dipakai adalah gas pemedih mata.
- Medium mestilah yang tidak membahayakan kesihatan dan tidak memberi kessan kepada sistem pernafasan.
Tujuan Pemasangan
- Mencegah kekecohan dan kekacauan daripada berlaku di stadium terutamanya ketika perlawanan bolasepak.
- Mencegah kerosakan hartabenda ketika berlau kekacauan.
- Memastikan penyokong menonton perlawanan bolasepak dalam keadaan yang aman.
Pelaburan untuk Masa Depan
Assalamualaykum w.b.t. & salam sejahtera.
Hari ini merupakan hari gaji bagi penjawat awam. Mesin-mesin dipenuhi, beratur panjang menanti giliran mengambil wang tunai bagi pelbagai urusan. Tapi sudahkan ada ganjaran untuk diri sendiri?
Ganjaran untuk diri sendiri adalah sejumlah wang dari gaji yang diperuntukkan untuk simpanan bagi diri sendiri. Tujuannya pelbagai; persaraan, haji, kediaman, kenderaan, pendidikan anak-anak, percutian dan sebagainya. Namun demikian, ramai antara kita yang menyimpan daripada baki perbelanjaan, bukan daripada peruntukkan awal pendapatan bulanan.
Sepatutnya, setelah penat bekerja selama sebulan, kita harus memberi ganjaran untuk diri sendir terlebih dahulu. Dengan cara ini, akan dapat memastikan simpanan dapat dibuat dengan berkala dan konsisten. Biar sedikit, asalkan tetap dan berterusan.
Catat rekod.
Perkara penting dalam perancangan kewangan peribadi dan keluarga adalah dengan mencatat segala rekod perbelanjaan. Tujuannya adalah untuk mengkaji bentuk perbelanjaab, dan mengesan pembaziran yang berlaku.
akan bersambung…
Selamat Berpuasa
Assalamualaikum w.b.t.
Selamat beribadat sepanjang bulan Ramadhan yang pernuh berkat ini. Semoga mendapat keredhaan Allah swt.
Bagi Pengajaran Segera!
Pagi ini, sekali lagi dihidangkan dengan berita bayi dibuang dengan kejam, tanpa belas kasihan dan hanya mampu dilakukan oleh mereka yang tidak berhati perut.
Ancaman hukuman gantung melalui pertuduhan membunuh terhadap pesalah kes pembuangan bayi seakan-akan tidak menggentarkan mereka. Adakah mereka ingat ancaman itu hanyalah cakap-cakap semata?
Perlukah pesalah kes buang bayi yang menyebabkan kematian bayi itu dihukum di khalayak ramai?
Adakah perlu juga hukuman sebat terhadap pesalah buang bayi bagi bayi yang masih hidup? Dengan wajah dipamer di media dan direkod dalam pengenalan diri?
Ya Allah, berikanlah kami petunjukMu, dan janganlah kau turunkan bala kepada kami atas kesalahan orang-orang disekeliling kami. Sesunggunya kami berusaha untuk menyedarkan mereka. Berikanlah hidayahMu kepada kami dan mereka.
Masyarakat!
Ambil tahu dan ambil berat. Cegah zina. Prihatin pada sekeliling. Jangan biarkan kes buang bayi berleluasa, terutamanya di bulan mulia ini. Kepada merka yang berhajat bersalin tetapi tidak ingin menyimpan bayi tersebut, tolonglah, tolonglah, tolonglah hantar bayi tersebut ke tempat yang baik dan selamat.
Celakalah merka yang membuang bayi!
Menyokong penuh langkah mendakwa pembuang anak dengan kesalahan membunuh!
Usahakan belajar mengamalkan Sunnah secara total pada bulan Ramadhan serta perbanyakkan solat sunat tarawih dengan penuh khusyuk
Renungan & penghayatan adalah sebahagian daripada bahan fikir yang memerlukan ketajaman fikir (dakwah adalah batu asahnya)
Jika dizahirkan akan sesuatu kemaksiatan, bermakna kemaksiatan berada di dalam diri & yang membezakannya adalah perjalanan amal.
Tidak ada sebarang penyakit yang tiada ubatnya melainkan penyakit yang membawa kepada petanda KIAMAT DIRI (mati)
Mengharapkan agar khutbah-khutbah akan datang agar ‘lebih’ isinya, bukannya hujah kosong semata-mata.
Khutbah hari ini: 3. Mengutuk sekeras-kerasnya halangan dan serangan Israel terhadap kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Khutbah hari ini: 2. Keperluan rakyat untuk memberikan kesetiaan kepada pemimpin yang adil
Khutbah hari ini: 1. Keperluan terhadap pemimpin yang adil kepada rakyat & mematuhi perintah Allah s.w.t.
mouse rosak pulak. dah la mouse kesayangan yg telah memberi servis yang terbaek! esok sihat yer. rehat dulu malam ni.
MV Mavi Marmara
Assalamualaykum w.b.t. & salam sejahtera,
Semoga sukarelawan daripada kapal MV Mavi Marmara yang ditawan komando tentera laut Israel dalam keadaan selamat. Takziah buat ahli keluarga anggota sukarelawan yang gugur semasa force boarding ke atas kapal tersebut.
Lokasi semasa kejadian berlaku masih lagi di perairan antarabangsa, dan lagak Israel tidak ubah seperti lanun yang berleluasa di Gulf of Aden. Walaupun terdapat undang-undang antarabangsa yang membolehkan sesebuah negara menghalang sesebuah kapal dari memasuki perairannya, tindakan Israel ternyata amat melampau kerana menggunakan tindakan ketenteraan yang keterlaluan.
Jadi, jangan salahkan sukarelawan yang melawan. Mereka mempertahankan diri, kapal dan kargo mereka dari dirampas dan ditawan pelampau. Mereka punya hak. Mereka di perairan antarabangsa dan tiada resolusi PBB bagi memberhentikan mereka. Apa hak Israel untuk bertindak malahan pelayaran berniat untuk ke Palestin, bukan Israel!
Syabas buat mereka yang menggerakkan usaha yang telah sekali lagi membuka mata dunia berkenaan isu Palestin. Palestin sememangnya memerlukan konflik besar yang berterusan agar mereka terus mendapat perhatian. Masihkah kita ingat kali terakhir kita memboikot barangan Israel ketika serangan rejim tersebut ke atas Palestin?
Sekali lagi syabas buat sukarelawan atas kapal MV Mavi Marmara. Usaha kalian akan mendapat balasan setimpal berbanding mereka yang hanya duduk dan memerhati sahaja. Sangat kagum atas keberanian mereka yang melawan komando tentera laut Israel, terutama tindakan mereka menghumban komando tersebut ke laut. Syabas!
Sorak!
Kagum dengan keberanian sukarelawan atas kapal Mavi Marmara atas keberanian mereka melawan komando Israel walaupun berhadapan senjata api musuh!
Yes. Charger laptop tinggal kat ofis. ofis cuti 2 hari. kunci takde. terbaek!
Jahil itu (buta hati) datangnya dari penyakit hati yang penuh dengan cemburu, iri hati, dengki & khianat. Perbanyaakn istighfar jika diri merasa demikian.
Apabila tidak mendengar peringatan (hadis) selama 3 hari, hati boleh menjadi kotor dan bertitik hitam (ruang kepada bisikan jin & syaitan)
Bekerja di hujung minggu. Semalam juga bekerja semasa cuti umum. Tanpa bayaran tambahan. Berkhidmat untuk negara. Keselamatan di laut adalah urusan Allah.
Hidup perlu bersederhana, jangan mengikut nafsu menggila, penyucian diri harus dikira, agar tidak tersesat di sana.
Ilmu datang dari Yang Esa, Al-Quran pula memimpin kita, guru menjadi petunjuk cerita, jalan berkelana menzahir segala.
perlukan bantuan doktor untuk memberi penjelasan tentang ribut yang berlaku dalam perut
Diri sering melakukan dosa, peringatan datang sebagai petanda, perasaan resah kemungkinan tiba, tabahkan hati kuatkan jiwa.




