Jika Saya-Isu Pekerja Asing (Tanpa Permit) November 11, 2007
Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.trackback
Jika saya Ketua Polis Negara/Ketua Pengarah Imigresen, saya akan;
Menubuhkan sebuah pasukan khas yang terdiri daripada pegawai dan anggota terbaik lagi amanah, untuk menjalankan operasi khas seperti berikut.
- Mengumpul maklumat mengenai kewujudan PATI, beserta tekongnya.
- Menguruskan talian hotline bagi mengumpul maklumat pada 1. daripada orang awam.
- Membuat serbuan dan menangkap PATI di serata tempat di seluruh negara tanpa penglibatan polis/imigresen tempatan, kemudiannya menyerahkan PATI yang ditahan untuk diuruskan oleh polis/imigresen tempatan.
- Melapor terus kepada Ketua Polis Negara/Ketua Pengarah Imigresen untuk sebarang perkara.
Bagi setiap operasi yang membuahkan hasil, bermaksud sahnya kewujudan PATI di sesuatu kawasan tanpa sebarang tindakan yang diambil oleh polis/imigresen tempatan, Ketua Polis Daerah/Pegawai Imigresen Daerah tersebut diminta menghantar laporan dan surat tunjuk sebab kepada saya mengapa mereka gagal mengesan kehadiran PATI tersebut dalam kawasan tanggungjawab mereka, seterusnya gagal mengadakan operasi bagi memberkas PATI terbabit.
Mereka (Ketua Polis Daerah/Pegawai Imigresen Daerah) seterusnya akan dikenakan tindakan tatatertib.
Saya pasti, cara ini akan meningkatkan produktiviti pegawai dan anggota PDRM/Jabatan Imigresen untuk bertindak lebih proaktif dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman dalam negeri. Mereka tidak akan duduk senang, sebaliknya memerah keringat sepertimana yang telah diamanahkan dan telah diikrarkan dalam sumpah perkhidmatan mereka.
:: KE ARAH MEMANTAPKAN BUDAYA PENGUATKUASAAN NEGARA ::
aku d belakang ko bard!!!