jump to navigation

Mersing Laguna Reclamation Mei 15, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
3 comments

Esok, saya akan berkunjung ke Pejabat Daerah Mersing atau ke IPPD Mersing untuk melihat dan meneliti cadangan projek dan kesan alam sekitar terhadapĀ Kuala Sungai Mersing ini. Mana mungkin saya mampu untuk mendapatkan booklet DEIA yang harganya RM 700.

Namun, saya telah membaca sedikit dari Ringkasan Eksekutif yang boleh didapati daripada laman web jabatan alam sekitar. Saya sedikit tidak setuju dengan kenyataan pada 6.3.3 yang mana mendakwa 91% responden mempunyai persepsi positif mengenai projek ini dari pelbagai sudut. Saya yakin, terlalu ramai penduduk Mersing yang tidak tahu kewujudan projek ini. Cara apakah kajian ke atas responden dijalankan?

Saya tidak mahu memberi sebarang komen panjang memandangkan saya belum lagi meneliti sepenuhnya projek ini. Kita lihat dulu bagus atau tidak, perlu atau tidak projek ini kepada daerah Mersing.

Kepada penduduk Mersing dan mereka yang prihatin kepada alam sekitar, sama-samalah kita meneliti projek ini untuk kepentingan bersama, bukannya mencapai kepentingan sosio-ekonomi, dalam masa yang sama, memusnahkan alam sekitar!

Kemaskini! 15 May 2008

Ini merupakan pengalaman pertama saya meneliti laopran terperinci penilaian kesan alam sekitar (DEIA Report). Akhirnya saya mengambil keputusan hanya untuk menyudahkan membaca Ringkasan Eksekutif yang boleh didapati dalam laman web JAS.

Buat masa ini, saya memang tidak dapat memberi sebarang ulasan berkaitan alam sekitar, dan saya mengharapkan bijak pandai yang mungkin akan meluluskan projek ini membuat pertimbangan sewajarnya.

Walau bagaimanapun, saya yakin projek ini akan memberi kesan yang mendalam kepada aspek sosio-ekonomi Mersing. Bayangkan Mersing mempunyai kawasan pelancongan dan penempatan menarik, padang golf 27 lubang, malah mempunyai litar lumba ala-ala GP Monaco di atas sebuah pulau buatan, melalui celah-celah padang golf dan rumah-rumah kediaman, serta pusat-pusat komersial, hotel dan chalet.

Untuk membaca ambilan-ambilan daripada ringkasan eksekutif tersebut, sila klik di sini.