jump to navigation

IJN diswastakan Disember 18, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
trackback

Assalamualaykum w.b.t. & Salam Sejahtera

Dasar Penswastaan Negara diperkenalkan Tun Dr. Mahathir ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri, dan diteruskan sehingga kini, walaupun tidak serancak dulu. Dasar ini pada asasnya, jika disenaraikan kebaikannya, mampu membantu pembentukan sebuah negara maju daripada negara membangun, melalui objektif dan matlamat yang ingin dicapai, antaranya pada pandangan saya, melalui peningkatan kualiti dan produktiviti barang atau perkhidmatan, disamping meningkatkan ekonomi negara daripada kutipan cukai dari pihak swasta.

Walau bagaimanapun, terdapatkan juga sebelah gelap dasar ini yang menyebabkan peningkatan kos, ketidakmampuan golongan berpendapatan rendah mendapat perkhidmatan yang bagus, serta keinginan korporat yang tinggi oleh pihak swasta.

Justeru itu, rancangan untuk menswastakan Institut Jantung Negara, sepenuh atau sebahagiannya, mungkin tidak wajar kerana IJN merupakan pusat ulung negara dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit jantung. Mungkin mereka mempunyai alasan yang munasabah, tapi umum tahu penswastaan=peningkatan kos.

Bukannya IJN tidak berkualiti pada masa sekarang, bahkan kualitinya akan terus dapat ditingkatkan biarpun masih lagi sebagai perkhidmatan yang disediakan kerajaan. Peningkatan kos adalah sesuatu yang pasti tidak dapat dielakkan jika penswastaan dilaksanakan, walau dilaksanakan sebagai tanggungjawab sosial.

Oleh itu, saya menyeru agar cadangan penswastaan IJN ini diteliti sebaik mungkin, supaya IJN akan kekal sebagai pusat ulung untuk penyakit jantung negara, serta keperluan rakyat untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik terus diutamakan.

Seperkara lagi, IJN sepatutnya terus dibangunkan, diberi perhatian, serta mendapat bantuan pihak swasta melalui ‘tanggungjawab sosial’ mereka untuk menjadi pusat utama rujukan untuk pesakit jantung, juga pusat utama penyelidikan, pendidikan dan perkembangan untuk penyakit jantung bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, jika tidak punbagi rantau asia tenggara. Saya yakin dengan kebolehan warga tempatan.

Komentar»

1. onggon - Disember 19, 2008

Sesuatu yang dangkal apabila TPM mengatalakan tiada halangan kerajaan
PM – sesuatu yang dapat membantu mengurangkan beban kerajaan
MOH- pastikan modus operandi tetap sama sebelum diswastakan
CSL- tindakan yang mengurangkan sokongan rakyat kepada kerajaan

2. alkolostrom - Disember 19, 2008

Jadi, kalau ke restoran mamak tu, slow2 lah sikit dengan menu yang bersangkutan dengan kambing. masuk IJN kalu, bil jauh melebihi harga sekor kambing.

amalkan pemakanan sihat!