Menjunjung Intifada Januari 24, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.trackback

Assalamualaykum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Rakan dan taulan Palestin,
Gaza bukanlah peperangan dan krisis kemanusiaan semata-mata. Fahamilah hakikat sebenar apa yang terjadi di tanah haram Islam ketiga itu. Impikan dan rindukan untuk sujud mengadap tuhannya dalam Masjid Al-Aqsa yang penuh keberkatan selepas Masjid Al-Haram dan Masjid Nabawi.
Sebagaimana tersebar luas dan berjayanya perjuangan keadilan yang pernah bersinar di bumi Afghanistan, begitulah yang diharapkan akan terjadi di bumi Palestin. Moga bumi para anbiya’ itu akan menerima kehadiran pejuang-pejuang yang rindukan Al-Aqsa dan cintakan syahid bertemu tuhannya. Tidak kira pihak mana yang menjunjung intifada, samada Hamas ataupun mengharapkan Fatah akan kembali ke jalan yang lurus, mereka perlukan bantuan rakan dan taulan Palestin.
Saya insan yang lemah. Moga Allah mengampunkan saya. Saya tidak ada kuasa dan upaya, ketika ini, samada untuk bersama-sama di barisan hadapan memuntahkan peluru dan roket kepada tentera Israel, mahupun untuk menjadi penggerak dan pencetus perjuangan seperti yang dilakukan saudaraku Osama bin Laden di Afghanistan.
Upaya untuk terus menulis agar mencetus buah fikiran baru, menukar pendirian dan memberi kesedaran, agar kita- sama-sama lebih faham mengenai isu Palestin. Syukur ke hadrat Ilahi, moga-moga serangan terbaru zionis ke atas bumi Gaza ini bakal melahirkan lebih ramai pejuang untuk membebaskan Al-Aqsa, baik jauh mahupun dekat.
Biarkan PBB mahu membangunkan Gaza, biarkan Obama ingin memberi cahaya baru perdamaian di asia barat, biarkan rakan dan taulan Palestin yang masih lagi tidak faham-faham dan menganggap Palestin hanyalah isu peperangan dan kemanusiaan, biarkan rakan dan taulan yang faham isu Palestin tetapi masih takut dan tidak tetap pendirian, biarkanlah mereka dan doakan agar mereka mendapat panduan Allah. Moga akan ada yang benar-benar faham dan berani.
Rakan dan taulan Palestin,
Mulai ketika ini, ikrarkanlah sokongan kepada pemegang amanah dan penjunjung intifada bumi Palestin, hulurkan bantuan kepada mereka untuk menyediakan Palestin dengan keperluan asas, juga berikanlah bantuan untuk mereka berjuang di barisan hadapan. Bersatulah dengan mengiktiraf pemegang amanah sebenar bumi Palestin, dan tolaklah mereka yang bersekongkol dengan Israel, kerana mereka lebih rindukan dunia berbanding akhirat.
Bantulah Hamas. Untuk Membantu Palestin. Junjunglah Intifada!
Merindui Al-Aqsa…
Komentar»
No comments yet — be the first.