PPSMI – Cadangan-cadangan Mac 15, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.trackback
- PPSMI tidak dimulakan seawal sekolah rendah, memandangkan tidaklah terlalu banyak perkataan ‘bombastik’ dalam subjek-subjek sains dan matematik di sekolah rendah yang tidak boleh dimelayukan perkataan tersebut.
- Masa pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris ditingkatkan, serta dibuat kajian yang amat mendalam bagaimana penguasaan bahasa Inggeris murid-murid boleh ditingkatkan.
- Dasar PPSMI tidaklah dikuburkan terus. Selaras dengan bertambahnya murid-murid pandai dalam negara, maka PPSMI bolehlah digunapakai untuk sekolah-sekolah tertentu. Contohnya, SBP, MRSM, Sekolah Premier dan Sekolah Kluster terpilih.
- Bukan sahaja PPSMI, malah sekolah-sekolah terpilih tersebut boleh juga menggunakan terus bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
- Mengambil contoh, sebuah sekolah di Perak sebelum PPSMI dimulakan, telah menjalankan satu projek di mana asrama tingkatan 1 telah dijadikan ‘English Speaking Area’. Jadinya, apabila pelajar-pelajar terbabit menggunakan dasar PPSMI, tiada lagi masalah kerana mereka sudah pun bertutur dalam bahasa Inggeris. Ambil perhatian bahawa pelajar-pelajar terbabit adalah pelajar terpilih.
- Saya akan utarakan lagi cadangan lain jika ada. Terima kasih.
- Satu cadangan di luar PPSMI, semua sekolah dalam negara perlulah sedaya-upaya dijadikan sekolah satu sesi. Sekiranya semua sekolah dijadikan sekolah satu sesi, sesi petang selepas sekolah tamat bolehlah dimanfaatkan untuk aktiviti lepas sekolah, yang mana aktiviti tersebut memainkan peranan penting dalam pembangunan minda dan pendidikan negara. Premis sekolah juga bolehlah dimanfaatkan sepenuhnya.
Komentar»
No comments yet — be the first.