jump to navigation

Dulu Hingga Kini, Masalah Tetap Sama April 5, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
trackback

Saya merujuk kepada satu laporan berita daripada laman web BERNAMA bertajuk; Penyeludup Semakin Agresif, PGM perlu alat keselamatan khas.

PGM adalah Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia. Tiada maklumat lanjut mengenai PGM dalam laman web PDRM melainkan pasukan ini dikenali sebagai cawangan marin di bawah jabatan keselamatan dalam negeri / ketenteraman awam. PGM merupakan penguatkuasa perairan bagi kawasan pantai sehingga jarak 12 batu nautika daripada pantai sebelum kewujudan Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM). Ketika ini, saya tidak dapat memastikan berlaku pertindihan tugas, ataupun PGM mempunyai tugas-tugas tertentu di perairan pelabuhan dan sempadan sungai.

Isunya besar dan banyak, bukan sahaja mengenai kewujudan PGM, APMM, juga  mengenai isu logistik dan perancangan masa depan penguatkuasa undang-undang negara. Sebelum itu, mohon maaf kepada anggota dan pesara PGM, karangan ini bukan bertujuan untuk menidakkan jasa, kemahiran dan kemampuan PGM menangani jenayah dan menjaga keselamatan perairan, cuma buah pandangan ke arah mewujudkan budaya penguatkuasaan cemerlang.

Sebelum ini saya pernah menulis beberapa cadangan tentang PDRM setelah satu insiden membabitkan kecederaan dan kematian anggota dan pegawai PDRM. Kini, isunya berlainan, tetapi masalah yang sama diutarakan. PGM dalam laporan berita berkenaan menyebut beberapa peralatan yang diperlukan bagi menjamin keselamatan anggota mereka ketika bertugas. Bagi saya, peralatan tersebut adalah keperluan kritikal.

Peralatan tersebut sepatutnya menjadi keutamaan paling penting untuk disediakan kepada setiap anggota dan pegawai yang bertugas, kerana pada sebilang masa keselamatan mereka menjadi taruhan. Peralatan lengkap akan menaikkan moral anggota untuk bertugas dengan penuh berani dan efisyen. Peralatan lengkap juga sedikit sebanyak menurunkan moral musuh.

Saya sudah mengikuti tiga cubaan untuk ‘merevolusikan’ penampilan dan peralatan anggota polis. Pertama, pembekalan T-Baton untuk anggota terutamanya unit peronda dan cegah jenayah. Mungkin sudah diimplementasikan, namun tidak semua anggota tersebut dilihat memakainya. Kedua, pembekalan anak baju kalis peluru/tikaman. Isu PGM ini tidak akan wujud sekiranya logistik PDRM telah mengambil langkah menyeluruh dengan mengenalpasti ancaman yang memerlukan anggotanya memakai anak baju tersebut. Jangan bertindak setelah terhantuk, sebaliknya jangkakan ancaman masa depan.

Ketiga, uniform baru anggota yang bertugas di medan. Uniform baru itu membuang semua ‘besi-besi’ dan perhiasan kebanggaan pada uniform pasukan polis. Cukuplah dengan uniform yang ringan dan mudah, serta cukup selesa untuk tangkas bertindak. Simpan sahajalah perhiasan kebanggaan yang ada untuk dipakai semasa  perbarisan sahaja. Namun, buat masa ini, uniform lama masih dilihat dipakai anggota polis, mungkin penggantian berlaku secara beperingkat kerana melibatkan kos yang tinggi.

Berkenaan APMM dan PGM, sudah sampai masanya PGM dibubarkan dan semua anggotanya diserap ke dalam unit-unit kritikal PDRM dalam usaha mengekang jenayah. Selaras dengan cadangan ahli parlimen Shah Alam, jumlah anggota polis yang ditempatkan di sesuatu kawasan janganlah berdasarkan statistik jenayah, sebaliknya berdasarkan nisbah anggota polis kepada penduduk. Nisbah yang sesuai akan dapat memastikan tugas-tugas pencegahan berjalan lancar, bukannya melambakkan anggota hanya untuk mengekang jenayah selepas kadarnya meningkat.

Khususkan tugasan menjaga perairan kepada APMM. Sediakan kemudahan, tauliahkan lagi vessel-vessel untuk APMM, bangunkan APMM sebaik mungkin supaya mempunyai kuku dan taring yang cukup ampuh untuk mengawal perairan tanahair. APMM perlu juga membangun sebagai angkatan laut kecil yang boleh menjaga keseluruhan perairan dari Selat Melaka ke Laut China Selatan hingga ke Laut Sulu. Biarlah Tentera Laut Diraja Malaysia memberi tumpuan untuk benar-benar menjadi angkatan samudera di lautan lepas.

Seperkara lagi, ambillah contoh daripada beberapa negara lain dengan mewujudkan agensi khas untuk menjaga sempadan. Tidak perlu menggunakan anggota polis untuk menjaga sempadan, cukuplah polis memberi tumpuan untuk tugas mereka yang hakiki. Perbesarkan dan maksimumkan kemampuan Rejimen Sempadan untuk bertugas menjaga sempadan negara di utara dan selatan, timur dan barat.

Tingkatkan integriti dalam penguatkuasaan. Penggunaan sumber negara untuk tugas keselamatan dan penguatkuasaan mestilah benar-benar dimaksimumkan. Elakkan pertindihan tugas. Ke arah budaya penguatkuasaan cemerlang!

Komentar»

1. Zaidy abdullah - November 27, 2009

memang pukimak la ko ni..ko suruh buang aksesori polis yang ada tertera kalimah allah muhammad?? kalau ko tak tau apa2 pasal penguatkuasaan ko jgn tulis yang bukan2..ko ni cuma org awam yang kemaruk masuk apmm kali?utk pengetahuan ko pgm ni dr zaman bukit kepong suda ada ..dan bkn setakat jaga 12 b/n tapi jaga pulau tasik pantai termasuk harta dan nyawa penduduknya sekali..apmm tak jaga tu semua …apmm tak kejar penjenayah atau lanun sampai ke darat..
untuk pengetahuan ko PGM meronda di laut pakai baju combat dan bukannya baju uniform kerja tu..memang la buduh ba ko ni..aku nasihatkan ko,bgs ko padam ko punya posting yang bodoh ni.

2. Ahmad Badri Alwi - November 27, 2009

Kepada En. Zaidy Abdullah,

aksesori; sila nyatakan aksesori polis yang tertera kalimah Allah dan Muhammmad? jawapannya pasti lambang PDRM. aksesori yang saya maksudkan dalam karangan tersebut ialah ribbon medal, collar pin, lencana integriti, tanda pangkat dan nombor diri (cukuplah dipakai dengan yang lebih ringan). Juga sila buat kajian berapa ramai dan berapa kali anggota yang memakai lambang yang tertera kalimah Allah & Muhammad yang tetap memakainya bila masuk ke tandas.

APMM; saya tidak kemaruk untuk menyertai APMM, malah tugasan saya sekarang berkaitan penguatkuasaan bukan jenayah criminal.

PGM; saya sudah lama tahu PGM sudah wujud sejak lama dahulu.

12 b.n.; memang benar, PGM dibentuk untuk beroperasi sehingga 12 b.n. berkenaan pulau dan tasik, keadaan tersebut memerlukan PGM menyediakan flotila untuk tugasan PDRM.

APMM memang tidak mempunyai tugas yang sama seperti polis kerana tugasan APMM khusus untuk penguatkuasaan maritim. Sila rujuk laman web APMM untuk senarai fungsi APMM.

Pakaian: saya memang tahu PGM menggunakan seragam khusus ketika bertugas. Sila teliti karangan ini terlebih dahulu. Perenggan pakaian tidak pun menyentuh pakaian PGM, sebaliknya pakaian PDRM.

Delete posting; maaf, saya tak akan berbuat demikian kerana saya telah menyatakan dalam perenggan khas mengapa karangan ini ditulis. UNTUK MEMBERI PENDAPAT. Malah, pengstrukturan semula sebuah organisasi selalu dan perlu berlaku untuk meningkatkan kecekapan, mengefisyenkan kos, mengelak pembaziran sumber manusia dan bermacam lagi

Sila berikan komen dalam gaya yang lebih berhemah kerana karangan-karangan dalam blog ini ditulis dengan berhemah.

Pastikan pemberi komen bukanlah seseorang yang bodoh.

Zam Abdullah - Disember 3, 2009

dah la sebelum ni PZ APMM dah ambik,sekarang PZ tersadai takde sapa hendel .APMM mcm irihati dgn PGM.cuba perhatikan APMM nak glamor je,tangkap je panggil press.cara pemeriksaan APMM memang kasar tidakada budi bahasa sampai nelayan tempatan sudah naik muak gelagat penguatkuasa APMM.ini bkn serkap jarang ini maklumat dari Markas Operasi PGM Wilayah 2,Kuantan.

3. Zaidy Abdullah - November 30, 2009

Published on: Sunday, November 29, 2009

Kudat: Police recovered three more bodies of Thursday’s Banggi boat tragedy, raising the death toll of one of the worst boat mishaps in Sabah to five.

The number of missing passengers has also risen to 10 based on police reports from family members and relatives, said District Police Chief, DSP Dawi Ossen.

The bodies retrieved on Saturday were identified as Land and Survey Department staff, Mazlan Zaini, 40; his 6-year-old son Haqif Surkawi Mazlan and relative Aizum Nazihah Sudin, 18, a Kota Kinabalu Polytechnic student.

The first body was found at 1pm, the second an hour later while the third at about 4pm. Three bodies were recovered on Friday, of which only two were identified. They were Hajah Ameng Nordin, in her 70s, and Suzana Saiman, 43.

The third unidentified body of a man fell back into the sea in Inaruntong while being transported here by fishermen and remains on the missing list.

In the incident on Thursday, a boat with 28 people onboard capsized in bad weather about an hour after leaving the Kudat jetty for Pulau Banggi, off here. Most of the passengers were from a family of 21 people from Papar who were on their way to Pulau Banggi for the Aidiladha. Thirteen people survived the tragedy.

Dawi said Haqif’s body was found in waters off Kampung Malubang by fishermen while those of Mazlan and Aizum at Tanjung Spirak. All the bodies were handed over to marine police.

The marine police, police air wing unit, navy and army are also continuing efforts to find the 10 missing victims as well as the ill-fated “bot kampung”.

“We believe the boat could have sunk near Pulau Molleangan Kecil, which is about 20 nautical miles from Kudat,” Dawi said. A helicopter had been sent to scour the area.

Former Berjaya Assemblyman Yahya Othman, 61, who was rescued from the sea lodged a police report to clarify a television news claim that only four people were missing.

“The news said four were missing but there were more,” he said. Apart from several others, 21 of his family members were on the boat when the tragedy occurred.

“I was afraid that the rescue team will stop the search after recovering just four bodies,” he said.

(Polis/PGM yang buat kerja ini .APMM goyang bijik palir sambil makan maggi di bot besar dorang.PGM mandi air mayat ini org teda nampak.kau pun manatau abis sibuk menulis blog bodoh kau ni)inilah buktinya.

4. Zaidy Abdullah - November 30, 2009

lancau lah kau dgn blog2 kau sekali hahaha

5. Zaidy Abdullah - November 30, 2009

nasib teda tempat attach gambar kalau enda aku ksi tingguk kau itu mayat2 yg msi fresh.

6. Zaidy Abdullah - November 30, 2009

(Komen org dr you tube)
http://www.youtube.com/comment_servlet?all_comments&v=NTkyRrwPU_M&fromurl=/watch%3Fv%3DNTkyRrwPU_M

chadoks (1 month ago) Show Hide

aku keje kat putrajaya aku tahuler…byk sgt komplen dr agensi lain…jiran aku Jab. Laut ckp apmm kene halau naik kapal tanker pasal bw senapang!!!!bangang tul!!!x baca IMO rules katanye…..kapten x bagi naik siap nak gaduh lagi…last2 jiran aku port officer yg setelkn….yg apmm tau tgkp pastu masuk tv & surat khabar!!!glamor!!!!….pastu kes hantar ke jabatan berkaitan!!!!!….buat sendiriler….

7. Ahmad Badri Alwi - Disember 1, 2009

Kepada En. Zaidy Abdullah,

Siapa jiran En. yang kerja jabatan laut?
Rules IMO mane yang armed enforcement agency tidak dibenarkan boarding tanker ship?
Kenapa kapten tak bagi boarding? Mesti banyak kantoi takut kena fine/detained.
Silalah baca karangan ini dengan betul-betul.
Juga silalah menghadiri kelas-kelas karangan dan tatabahasa supaya anda dapat membaca dan mengenalpasti maksud tersirat dan tersurat sesuatu karangan dengan baik.

8. Zaidy Abdullah - Disember 2, 2009

oi palui tu komen org dr youtube la..kan aku dah bg link di situ..ko p tgk la..itu cuma sedutan2 dr komen2 yang sgt membina dorg lemparkan..hahaha ;;;;;;palui=bangang

9. Zaidy Abdullah - Disember 2, 2009

tpi ko nampak sdhkan spa yang goyang bijik palir kan?

10. Zam Abdullah - Disember 3, 2009

memang betul apa yang diungkapkan en.zaidi,buat apa APMM hendak ambilalih tugas PGM(polis marin) ,sepatutnya perkasakan PGM,bukan bubarkan PGM.Ingat senang ke nak bubar PGM @lucut panji Diraja pemberian YDPA.kena perkenan Agong.cakap senang.APMM byk ex-navy dah mcm gila kuasa.member aku PGM port klang byk kes yg APMM tangkap dibuang kes.

11. Zam Abdullah - Disember 3, 2009

Untuk pengetahuan Ahmedbadri,penubuhan APMM memerlukan kos yang tinggi!cuba tgk HQ APMM di IOI Resort berapa kos sewaan?dan pejabat APMM diseluruh negara semuanya sewaan.cuba bayang kita sudah sudah ada rumah tapi disuruh buat rumah baru.maka jadilah mcm APMM kan.

12. Zam Abdullah - Disember 3, 2009

masa kini APMM sedang berusaha hendak merampas aset ,pangkalan PGM ,pusat latihan marin(pulamar) di tampoi,johor.begitu rakus sekali APMM ni sanggup menafikan peranan PGM.Tahu tak anggota PGM mempunyai kecekapan, kemahiran yang anggota PDRM sendiri pun sukar menandingi kemahiran mereka di bidang kelautan .

13. Zam Abdullah - Disember 4, 2009

En.Ahmedbadri ke mana skrg.senyap je

14. Zam Abdullah - Disember 4, 2009

En.Ahmadbadri soalan saya,
1.Adakah APMM akan mengejar saspek sehingga ke daratan sepertimana dilakukan oleh PGM?
2.Jika APMM mengejar saspek sehingga ke daratan adakah APMM mempunyai kuasa menangkap di daratan tidak seperti PGM yang mempunyai skop kuasa yang luas?

Mengikut Akta Maritim -kuasa had kejar hanya di lautan sahaja tidak melibatkan di daratan.jadi kenapa perlunya PGM dibubarkan.

15. Ahmad Badri Alwi - Disember 5, 2009

En. Zam Abdullah,

Maaf, saya sedikit sibuk beberapa hari ini.

Pertamanya, saya amat mengalu-alukan En. Zam Abdullah untuk sama-sama kita berkongsi pendapat secara berhemah, berbanding mereka yang lain yang kurang sopan.

Respon kepada soalan En Zam;

Penubuhan APMM melibatkan kos yang tinggi kerana penubuhan APMM berlaku secara cepat dimana memerlukan bilangan flotila dan anggota yang ramai.
Boleh dikatakan, penubuhan APMM adalah satu langkah kecemasan atas tekanan antarabangsa bagi memastikan tiada pihak luar yang akan mengambil alih peranan menjaga keselamatan di selat Melaka.
Jadinya, akibat penubuhan APMM berlaku petindihan tugas dengan pelbagai agensi penguatkuasaan yang sedia ada. Oleh itu, terdapat pelbagai pilihan antaranya;
1. APMM mengambil alih tugas-tugas agensi-agensi terbabit
2. Agensi terbabit dikekalkan tugasnya manakala APMM menjalankan tugasan tertentu sahaja.
3. Agensi terbabit dan APMM menjalankan tugas yang sama supaya penguatkuasaan maritim betul-betul mantap.

Idea hubungan APMM-PGM/PDRM ialah, APMM wujud sebagai agensi tunggal penguatkuasaan maritim yang memiliki vessel-vessel, manakala apabila PDRM perlu menjalankan tugas/operasi di perairan, maka mereka akan menggunakan vessel-vessel milik APMM seperti yang dilakukan di banyak negara maju.

Seperkara lagi, saya juga tak bersetuju dengan langkah APMM untuk memonopoli semua aktiviti maritim di Malaysia sedangkan masih terdapat kelemahan di pihak mereka. Namun demikian, dari sudut pendapat pembayar cukai, kewujudan pelbagai agensi penguatkuasaan maritim dengan tugas yang bertindih adalah tidak ekonomi dan membazirkan sumber.

16. Zaidy Abdullah - Disember 5, 2009

siapa ba yang membazir ni sebenarnya??? dari aspek pembayar cukai kunun..kmi pun byr cukai ba ..nampak sgt ba APMM ni membazir sumber..sewa bangunan ,beli aset baru blm cerita pasal pembaikan dan alat ganti dorang lagi…PGM lah yang paling menjimatkan ..utk pengetahuan ko hampir semua pembaikan kapal dan bot2 ronda dilakukan sendiri oleh anggota bahagian kejuruteraan PGM..termasuk menaikkan dan menurunkan kapal dan bot2 ronda di limbungan ,diorang ni mempunyai kepakaran tertentu dlm bidang masing2 cthnya elektrik/elektronik ,mekanikal(w1-w6),kimpalan,selam,limbungan,fuelpump specialist,outboard engineering termasuk pengurusan logistik sekali..jgn la ko cerita pasal bazir membazir ni mmg APMM la yng membazir…ko pun org kapal jugak mesti ko tau berapa kos menaik dan menurunkan sesebuah kapal..blum kira berapa lama kapal tu ada di limbungan…blum termasuk pembaikan dan sebagainya…tapi PGM buat sendiri ba ni barang walau pun hanya di byr elaun marin yg sedikit rm80-120 sebulan (itupun kalau ada tiket)….berbanding dgn APMM kalau bukan sewa,beli..kalau teda rampas orang punya….akhir sekali lancaulah APMM dgn ko sekali la.hahahahaa

17. Ahmad Badri Alwi - Disember 5, 2009

Saya mengharapkan agar pemberi komen dapat memahami maksud setiap ayat dengan baik.

Pada 2006, saya telah menerima seunit enjin milik PGM yang rosak teruk akibat kesalahan pengendali. Enjin tersebut dikategorikan BER (beyond economic repair). Saya tidak berhajat untuk membincangkan kelemahan mana-mana pihak kerana senarainya amat panjang dan tidak membawa sebarang faedah.

Sila ambil perhatian, penubuhan APMM boleh dikatakan satu penubuhan segera bagi memastikan tumpuan untuk keselamatan laluan kapal dagang dapat ditingkatkan, disamping mencegah penglibatan kuasa luar yang berminat ‘menjaga’ keselamatan selat Melaka.

Penubuhan APMM menjadikan berlaku pertindihan tugas dengan agensi sedia ada. Oleh itu, terdapat beberapa pilihan untuk memperbaiki situasi tersebut.
1. APMM mengambil alih semua tugas agensi berkenaan
2. APMM menjalankan tugasan tertentu sahaja
3. APMM dan agensi berkenaan menjalankan tugas yang sama.

Oleh itu, saya mengalu-alukan perkongsian pendapat secara berhemah dimana kita sama-sama mencari jalan penyelesaian yang realistik, bukannya saling cabar-mencabar dan tidak membawa apa-apa hasil.

Respon untuk En. Zam,

Idea di sebalik pengembangan APMM ialah untuk APMM menyediakan kemudahan pengangkutan maritim kepada mana-mana agensi yang perlu menjalankan operasi/penguatkuasaan di kawasan laut sepertimana yang diamalkan oleh banyak negara maju.

Jika benar APMM tiada kuasa untuk beroperasi di darat, maka perlulah mereka bekerjasama rapat dengan PDRM bagi memastikan pesalah maritim tidak terlepas.

Jadi, dengan adanya kesedaran mengenai apa yang berlaku, harapannya agar APMM perlu memperkasakan agensi mereka terlebih dahulu sebelum berhajat mengambil alih peranan agensi lain.

Seperkara lagi, sila ambil perhatian bahawa APMM dibentuk untuk menjadi brown water navy bagi memastikan keselamtan di perairan negara dari garisan pantai ke sempadan dan juga zon ekonomi eksklusif, manakala PGM pula bagi kawasan sungai, pantai sehingga jarak 12 b.n. termasuk pulau-pulau.

Mungkin cadangan saya untuk membubarkan PGM terlalu berani, tapi sila pastikan tiada pertindihan tugas yang akan menyebabkan kerugian sumber.

Sekali lagi, sila ambil perhatian serius bahawa karangan ini ditulis bagi mewujudkan kesedaran bahawa mungkin wujud pertindihan tugas oleh pelbagai agensi yang mana pertindihan tugas ini melibatkan kos pengurusan, kos sumber manusia dan pemilikan vessel-vessel yang kesemunya melibatkan kos yang tinggi yang akan merugikan pembayar cukai.

Sekian, terima kasih.

18. Zam Abdullah - Disember 7, 2009

‘Jika benar APMM tiada kuasa untuk beroperasi di darat, maka perlulah mereka bekerjasama rapat dengan PDRM bagi memastikan pesalah maritim tidak terlepas.’
memang benar ungkapan diatas !tapi tidak pernah APMM meminta bantuan dari PGM @ mana2 balai2 yg dikategori Balai Pantai untuk meminta bantuan untuk mengejar saspek yang lari ke daratan mungkin malas buat kerja lebih.(sumber dari Markas Operasi Wilayah 2(Port Klang,Kuantan).
Cuba lihat lokap APMM tidak digazetkan untuk pesalah2 tapi diisikan juga pesalah2 .Sekira pesalah maritim tahu lokap APMM tak digazetkan tindakan undang2 boleh di ambil memang terangkatlah APMM.
Ini terbaru dari sumber PGM di Sabah! Dua kapal ronda KM Berani,KM Ikhlas bawa dadah di mana 2 pegawai berpangkat Leftenan dan Bentara maritim(sarjan) telah ditangkap oleh polis di Sabah.Baru setahun beroperasi dah buat hal.
En.Ahmedbadri ingin saya bertanya adakah setiap tangkapan saspek ,pengeledahan memerlukan laporan polis?Marin Kastam yang melakukan tangkapan dan pengeledahan vessel perlu membuat laporan polis.APMM bagaimana?
En.Ahmedbadri,jika kos yang tinggi merugikan pembayar cukai jadi kenapa perlunya diwujudkan APMM,kenapa tidak diperkasakan PGM,marin kastam,jabatan laut ,jabatan perikanan yang masing2 ada peruntukan bajet tahunan.
bajet yang lepas peruntukan khas yang besar diberi kepada APMM dan bukannya atas nama JPM.JPM juga ada badan beruniform spt SMART dan lain2.Adakah ini lagi merugikan?mungkin kuasa mutlak PM kot…..

19. Zam Abdullah - Disember 7, 2009

‘Seperkara lagi, sila ambil perhatian bahawa APMM dibentuk untuk menjadi brown water navy bagi memastikan keselamtan di perairan negara dari garisan pantai ke sempadan dan juga zon ekonomi eksklusif, manakala PGM pula bagi kawasan sungai, pantai sehingga jarak 12 b.n. termasuk pulau-pulau’
Jika benar maksud tersurat saudara di atas,APMM seharusnya menghormati peranan dan fungsi PGM/PDRM sepertimana tertakluk dalam perlembagaan negara bukan menafikan peranannya.Tugas PDRM di bawah Sek.20 Akta Polis juga melangkaui seluruh pelusuk negara tanpa had.ini bermakna PGM boleh masuk ke mana2 kawasan tanpa had untuk mengejar saspek dari kawasan perairan sehingga ke daratan .Dalam mengejar saspek di daratan, PGM tidak perlu meminta bantuan unit Tugas Am(daratan ) di mana PGM mampu melakukan sendiri.Ini disebabkan PGM juga merupakan anggota polis boleh melakukan sebarang tangkapan .Setiap saspek yg ditangkap akan diperiksa pengenalan diri samada terlibat kes jenayah di daratan,lautan,narkotik ,PATI dll melalui sistem online Risikan Jenayah Bukit Aman dengan cepat.PGM bukan sahaja membuat pemeriksaan rambang ke atas bot2 ,kapal2 malah perlu segera membuat laporan polis bagi mengelak sebarang tohmahan dll.
Manakala maksud tersirat APMM adalah ingin membubarkan PGM dengan mengambilalih kesemua aset ,pengkalan,fasiliti PGM.
En.Ahmedbadri ,Ini bukan terlalu berani tetapi ini sudah melampau berita telah bertiup kencang!!
Anggota APMM ingin berkursus di Pulamar ,Tampoi, tidak dilayan.Pergi kursus asas komando di PASKAL ,GGK juga tidak dilayan.Jadi terpaksalah berkursus di PASKAU(TUDM) nak pakai beret biru muda macam PGM.Jadi hantar kursus kecekapan kat Jabatan Laut semua gagal. apa dah jadi ni…teruk sangat ke APMM ni sampai agensi maritim takmahu layan.Itu yang APMM irihati nak ambilalih aset,pangkalan dan fasiliti PGM.

20. Zam Abdullah - Disember 7, 2009

Walaupun APMM baru setahun jagung,APMM perlu ingat PGM/PDRM adalah ketua agensi penguatkuasa utama negara.Setiap operasi yang melibatkan pelbagai agensi ,PDRM semestinya dilantik sebagai Ground Commander .Di bidang kelautan Navy diberi kepercayaan sebagai Ground Commander dalam Ops Samudera Gagah .Selama ini Navy terus diberi kepercayaan tetapi dengan wujudnya APMM terus mahu mengambilah tugas GC dari Navy mybbkan Navy tarik diri dalam Ops SG yng selama bertahun Navy,PGM,Kastam,Jabatan Laut,Jbtn Perikanan bergabung tenaga dan kepakaran masing2.
Wujudnya APMM semacam purakpuranda kesemuaan agensi maritim termasuklah PGM.

21. Zam Abdullah - Disember 7, 2009

Antara sebab APMM cuba mahu membubarkan PGM adalah menandingi dari segi tangkapan dan pemeriksaan vessel dari PGM.Dengan cara ini mungkin pihak kerajaan lihat PGM tak buat keje,APMM yang buat keje.Mana tidaknya tangkap je panggil press,tangkap je panggil press jadi itulah kesilapan besar PGM tangkap tak panggil press.
Kebanyakan tangkapan dan pengeledahan PGM tidak panggil press cuma buat laporan polis dan ambil tindakan mahkamah je..kalau diikutkan banyak jugak tangkapan dari kelima-lima wilayah jagaan PGM.Jadi itulah sikap rendah diri PGM jadi inilah padahnya. APMM cuba intai2 dengan ambik gambar pangkalan PGM untuk letakkan aset2 yang kini menumpang kat jeti agensi lain sperti jeti kastam dan jabatan laut.Alasan mungkin APMM tugas dan fungsi sama ngan PGM kot.Itu yang APMM buat semberono macam belanda dapat tanah!

22. Zam Abdullah - Disember 7, 2009

‘Idea di sebalik pengembangan APMM ialah untuk APMM menyediakan kemudahan pengangkutan maritim kepada mana-mana agensi yang perlu menjalankan operasi/penguatkuasaan di kawasan laut sepertimana yang diamalkan oleh banyak negara maju.’
PGM adalah cabang PDRM jadi tidak perlu memerlukan kemudahan pengangkutan APMM malah PGM juga memberi bantuan kepolisan kepada unit -unit lain dalam PDRM untuk tujuan meningkatkan kecekapan anggota polis bukan hanya untuk PGM malah VAT69,SAR dan membawa pegawai kanan PDRM membuat lawatan kerja ke pulau-pulau,sungai-sungai.Jatuh Emej dan maruah PDRM nak minta bantuan sebegitu rupa yang sebelum ini ada aset sendiri .dah bagi org pakai kita sendiri pula nak minta sedekah kat org,sekali dua boleh lah tapi kalau byk kali minta tolong org pun naik muak.Lainlah PGM ni tak pernah wujud dari mula.
Itu negara maju, kita lain masing2 ada sejarah tersendiri nak dilenyap begitu sahaja.Cuba tengok Singapore,Hong Kong ,Australia jauh lebih maju dari kita tapi Polis Marin tetap relevan sama2 bekerjasama dengan agensi maritim lain.Kalau diperkasakan PGM apa salahnya.perkuatkan asetnya dan sumber manusia tak rugikan .Ini tidak siap buat skim baru,perjawatan baru yang memerlukan kos yang tinggi.Ini tidak semacam ada perasaan irihati apabila aset PGM berselisih dengan aset APMM.nak angkat tangan pun payah macam kena bayar.
Itulah APMM!

23. Ahmad Badri Alwi - Disember 7, 2009

Pastinya sekarang APMM telah wujud dan berkembang dan mereka ‘berusaha’ untuk menjadi agensi peneraju dalam bidang maritim. Itulah realitinya yang tidak boleh disangkal lagi.

Berkenaan adakah APMM perlu melaporkan kepada polis tentang tangkapan yang mereka lakukan, saya rasa tidak. Ini kerana APMM mempunyai unit pendakwaan sendiri melainkan pesalah ditangkap atas jenayah yang dikuatkuasakan oleh agensi lain.

Kepada En. Zam, saya akan menghantar emel untuk komen-komen lain yang agak sensitif.

24. Zam Abdullah - Disember 7, 2009

Betul tu APMM sedang berkembang tapi janganlah menidakkan agensi tertua negara.Tidak bolehkah wujud satu mekanisme tugasan bersepadu APMM-PGM?
PGM mempunyai panji Diraja anugerah YDPA adakah senang hendak melucut panji begitu sahaja tanpa perkenan YDPA?
Apakah akan terjadi jikalau panji sesebuah cabang ATM dilucutkan jika peranannya masih diperlukan hasil kejayaan dan kebanggaan.

PGM bukannya mcm MIG-29N yg akan ditamatkan perkhidmatan tahun depan kerana kos selenggara amat tinggi disamping tanpa kejayaan membanggakan untuk negara.

‘Berkenaan adakah APMM perlu melaporkan kepada polis tentang tangkapan yang mereka lakukan, saya rasa tidak. Ini kerana APMM mempunyai unit pendakwaan sendiri melainkan pesalah ditangkap atas jenayah yang dikuatkuasakan oleh agensi lain’

Maksud saya bukan melaporkan kepada polis, tetapi laporan polis perlu juga di buat untuk pihak pendakwaan APMM bawa kes ke mahkamah.

Telah saya katakan sebelum ini setiap agensi penguatkuasa di negara ini perlu membuat laporan polis bukan hendak melapurkan kpd polis.Ini kerana setiap agensi ada unit pendakwaan sendiri dan bukannya disiasat oleh pihak polis.Prosedur selepas repot yg berkaitan agensi lain akan dirujuk agensi berkenaan.Agensi berkenaan juga akan membawa salinan repot polis berserta no.repot utk diserahkan kepada Tim.PendakwaRaya(DPP) untuk diteliti dan dimajukan ke pihak mahkamah.SPRM juga membuat repot polis tapi repot berkenaan adalah repot sulit yg pihak polis sendiri tidak melihat kandungan repot.

Terima Kasih hantar melalui e-mail saya.Thanz

25. Zam Abdullah - Disember 7, 2009

En.Ahmed badri..

Soal melainkan pesalah ditangkap atas jenayah yang dilakukan oleh agensi lain tidak timbul .Jika pemeriksaan vessel terjumpa senjatapi,dadah dsbg perlu dibawa ke balai polis buat repot tak boleh serah bulat2.mengikut prosedur APMM kena buat repot polis utk serah hasil tangkapan @ sbg dan pihak polis perlu juga buat repot tangkapan semula hasil dari serah menyerah barang kes.

26. Zaidy Abdullah - Disember 9, 2009

fuhhhh..mau menangis sya baca ko punya komen oo en zam..hdp en zam..hdp PGM……

Zam Abdullah - Disember 9, 2009

Terima kasih.
hari ni sila beli Akbar Berita harian baca ruangan Surat Pembaca.saya dengar luahan dari anggota PGM.

27. Zaidy Abdullah - Disember 9, 2009

ok thanks infonya en.zam

28. Zaidy Abdullah - Disember 9, 2009

Peranan Polis Marin masih relevan

SEBAGAI ketua penguatkuasa utama negara, kami warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya anggota marin berasa kecewa dengan kenyataan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia seperti dilaporkan akhbar baru-baru bahawa APMM akan berkuasa penuh dari Polis Marin di laut dan pantai pada 2011.

Kenyataan ini seolah-olah menafikan peranan, fungsi dan sejarah Pasukan Polis Marin yang kini dikenali Pasukan Gerakan Marin (PGM) yang tertakluk di bawah Akta Polis 1967. Kami sedar peranan baru APMM laksanakan tetapi janganlah menidakkan peranan dan fungsi PGM yang sudah lama menabur bakti kepada masyarakat di pesisir pantai sejak ditubuhkan pada 1 September 1947 di Pulau Pinang.

Perlu diingatkan kuasa polis bukan hanya terbatas di sesuatu tempat malah meliputi seluruh pelosok negara seperti termaktub di dalam perlembagaan negara tanpa had termasuklah di perairan. Di awal penubuhan, ia berperanan dalam pencegahan jenayah dan penyeludupan di perairan Selat Melaka, Laut Cina Selatan termasuk Sabah dan Sarawak.

Ketika ini banyak aktiviti lautan yang berkembang pesat seperti cari gali minyak, penangkapan ikan, pelancongan di pulau-pulau kecil, aktiviti bot penumpang dan sebagainya. Semuanya memerlukan pengawasan dan bantuan kepolisan dari segi pelesenan dan penguatkuasaan.

Pada 1997 sekali lagi panji Pasukan Polis Laut ditukar kepada Pasukan Polis Marin. Malah hari ini namanya sekali lagi ditukar kepada Pasukan Gerakan Marin bagi memperkasakan lagi pasukan itu supaya lebih sensitif, progresif dan inovatif untuk berbakti kepada masyarakat di samping penubuhan Unit Gempur Marin (Ungerin) untuk menangani masalah lanun dan pendatang tanpa izin di perairan negara.

Peranan ‘Beret Biru Muda’ bukan hanya melakukan rondaan pencegahan bagi menguatkuasakan akta berkaitan dengan asetnya malah juga mengambil alih balai dan pondok polis di pulau, tasik, pesisiran pantai dan sungai selepas APMM mengambil alih fungsi di lautan manakala PGM di pesisir pantai.

Sebanyak 41 pangkalan di seluruh negara ditambah fungsi, peranan dan tugas untuk menjadi balai polis pantai dan pondok polis pantai berserta pegawai penyiasat marin. Khidmat dan fungsi PGM masih relevan dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam serta keutuhan kedaulatan undang-undang persekutuan perlu digerakkan pada masa kecemasan seperti terkandung di bawah Seksyen 20 Akta Polis 1967.

Keputusan kerajaan sebelum ini melakukan perubahan nama itu amat bertepatan untuk memperluaskan lagi peranan pasukan tersebut. Tetapi kini APMM terus cuba berusaha untuk menghapuskan peranan dan fungsi PGM yang mengawal pesisir pantai pula.

Tugas PGM juga memberi bantuan aset kepada unit dan cawangan dalam PDRM di pulau dan pesisir pantai seperti latihan VAT69, SAR dan sebagainya bagi meningkatkan kecekapan. Jika pengambilalihan aset-aset berlaku tidak mustahil pada masa depan pegawai atasan kami terpaksa menyewa bot atau menaiki feri untuk melakukan lawatan kerja atau tugasan kepolisan lain di pulau dan sungai.

Panji Diraja Pasukan Gerakan Marin (Pasukan Polis Marin) harus dipertahankan kerana ia anugerah dan kurniaan tertinggi Yang di-Pertuan Agong kepada pasukan itu tanpa diganggu gugat pihak lain.

CUMA WARGA PESISIR PANTAI,
Wilayah 1,2,3,4 & 5.

29. Zaidy Abdullah - Disember 9, 2009

mcm ayat en zam ja ni?? cayalah org yang post ni ..

Zam Abdullah - Disember 10, 2009

org ni mcm tahu je,mungkin cedok ideal kot.dgn seksyen sekali….apapun PGM masih relevan!

30. Zam Abdullah - Disember 16, 2009

maklumat terbaru!PGM,aset2 serta pangkalan tak jadi diambilah oleh APMM sebab campurtangan MDN .Jadi bersyukurlah wahai warga PGM.