Maaf, Saya Terlebih Laju Mei 28, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Dalam Negeri.add a comment
Sedikit je, memandu 103km/jam di jalan yang berhadlaju 80km/jam.
Saman dikeluarkan pada April lalu, hanya sampai ke rumah pada pertengahan Mei.
Alhamdulillah, telah dibayar tadi dan saya berazam untuk memandu dengan lebih berhati-hati.
Lagipun bukan saya sengaja memandu melebihi had laju tempohari. Keadaan jalan dalam keadaan selamat dan kurang kenderaan. Jika tidak, saya tidak akan memecut.
Namun demikian, selain resit bayaran saman, seharusnya pihak polis memberikan cenderamat lain yang bertujuan mengingatkan pengguna jalanraya. Takkanlah nak ditampal resit bayaran saman tu pada papan pemuka supaya sentiasa beringat.
Fikir-fikirkanlah wahai encik polis.
HANRUH Mei 22, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Pertahanan.add a comment
HANRUH – Pertahanan Menyeluruh
Punca Kemenangan, Penjamin Kedaulatan
Assalamualaykum w.b.t. & salam sejahtera,
Pertahanan adalah salah satu daripada tiang yang mendukung sesebuah negara. Selain keselamatan dalam negeri, pertahanan daripada ancaman luar dan dalam merupakan teras sesebuah negara. Tanpa pertahanan yang utuh, maka akan rosaklah negara tersebut. Mementingkan ancaman bukan bemaksud gila perang, tapi ibarat menyediakan skim takaful untuk perlindungan.
Sarjana pernah mengungkapkan; Jika inginkan keamanan, bersedialah untuk berperang. Mengapa? Dengan persediaan peperangan yang mantap, pastinya musuh ragu-ragu untuk menggugat keamanan sesebuah negara. Hasilnya, tidak berlaku peperangan.
Selain itu, pakar strategi Cina, Sun Tzu berkata; Matlamat utama peperangan ialah keamanan…
Malah Al-Quran turut menyarankan agar pemerintah dan negara menyediakana angkatan perang yang cukup bagi menggerunkan musuh, sekaligus mencegah ancaman. Inilah konsep cegah rintang.
Malangnya, subjek ini tidak begitu mendapat perhatian di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang terlalu jahil tentang peri pentingnya pertahanan. Dek kerana tidak mempunyai ilmu dan tiada usaha mencarinya, bila timbul sesuatu isu, ramai yang ingin turut sama berakap dan mengulas, tapi mereka lebih kepada mengarut.
Contoh mudah. Panggil sekumpulan remaja, ataupun pergilah beborak dengan satu kumpulan dewasa. Kemudian mulakan topik HANRUH. Pasti ramai yang ternganga apa itu HANRUH. Berdasarkan Dasar Pertahanan Negara, konsep pertahanan menyeluruh adalah satu kepentingan penting yang perlu dibangunkan. Ia menuntut penglibatan sepenuhnya tentera dan rakyat.
Oleh yang demikian, saya telah merangka pelbagai topik untuk diperhalusi bagi membuka mata semua pihak untuk turut sama berada dalam HANRUH. Mungkin ini adalah usaha kecil untuk memulakan langkah besar ke arah pemahaman konsep HANRUH, seterusnya mewujudkan masyarakat yang celik pertahanan.
Rakyat adalah tunggak negara. Kita diberi amanah untuk hadir di bumi Malaysia yang bertuah ini, dan kitalah yang bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatnnya. Selain itu, organisasi pertahanan juga mempunyai pelbagai perkara positif untuk dipelajari, dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Marilah bersama membina negara Malaysia.
Sayangkan negara sebahagian daripada iman. Insyallah.
Lagu Suria Mei 21, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.add a comment
Suria muncul di pagi hari
kita bangun sederap kaki
menara bangsa akan kita bina
perkasa tiada rebah lagi
Mentari sudah ada di sini
pasti bersinar seribu tahun lagi
biar berhembus angin sangkakala
malam pasti tiada datang
Kita sudah tiada perlu tidur
kerna mimpi ada didepan mata
peluh jernih mengganti keringat
bersinar bagai mutiara
Rimba akan terus hijau
unggas, riang ria berkicau,
air jernih meriak di kali
udara nyaman tenang di rongga
Darah kembali berharga
merah, buat penyeri muka
Embun jernih menitis di bibir
kasih sayang jadi milik semua
Kita bebas, terbang laksana burung, terikat hanya di tali cinta
Lagu Kerjasama Mei 21, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.add a comment
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
dan juga sanak saudara
kerana kolej kami turutkan
tanpa ragu dan bimbang
Dari utara hingga ke selatan
dari seluruh kawasan
kami berhimpun dalam satu badan
dengan satu tujuan
Belajar
dan segala
semuanya harus kami rasa
tiada kami pinta
namun kami terima
Ayuh semua kita sepakat
cekal hati sejiwa
bersama kita hadapi rintangan
demi masa hadapan
M, M, Kami Kolej M.
Harimau Bangkit Dari Lena? Mei 21, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.add a comment
Harimau,
raja di rimba,
gagah perkasa,
pintar bijaksana,
tapi malangnya,
harimau ini penakut?
atau sekadar harimau yang malas?
apabila disalak,
apabila diganggu,
apabila terancam,
barulah harimau ini bangkit dari lena,
secara tiba-tiba,
kemudian,
bila ancaman sudah suam,
harimau itu lena semula,
apabila diancam lagi,
harimau itu pun bangkit lagi,
mengaum sekali dua,
dan kemudian lena semula,
kerana kerap disuap,
kerana badannya selalu diurut,
harimau itu sering saja lena,
jarang sekali melangkah gagah,
mencari makanan sendiri,
hanya menunggu menganga mulut,
hanya sesekali,
harimau itu berlagak macam harimau,
megah dengan kancil buruan,
itu pun,
hanya sesekali,
masa lainnya,
hanya selalu terlena,
maaflah wahai harimau,
aku bukan ingin mengata keseluruhanmu,
tapi ada dalam kawananmu,
yang begitu,
bangkitlah harimau,
terus bangkit,
dan jangan lena lagi.
Ekor Kuda 4D Mei 21, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.add a comment
Assalamualaykum w.b.t. & salam sejahtera,
Tidak & bukan. Tajuk di atas bukan bermaksud ekor kuda 4 dimensi. Tetapi, tajuk di atas berkaitan perniagaan agensi nombor ramalan di Malaysia. Nombor ramalan? Teka nombor dan bertaruh sejumlah wang. Jika nombor yang diteka mengena, adalah habuannya. Jika tiada, meloponglah.
Saya bukan menulis untuk mempromosi aktiviti ini, apatah lagi memberi panduan dan tips bagaimana untuk menyertainya. Tapi ada perkara penting yang perlu disampaikan.
Aktiviti tersebut adalah amalan perjudian yang dilarang Islam.
Kerana aktiviti ini haram di sisi Islam, kita dapat melihat banyak premis perjudian nombor ramalam ini akan memaparkan papan tanda yang tertulis; JUDI ADALAH DILARANG DISISI ISLAM….. diikuti potongan ayat Al-Quran mengenai larangan berjudi. Kadangkala kita juga dapat melihat pihak berkuasa agama menjalankan operasi untuk menahan orang-orang Islam yang berkunjung ke premis terbabit.
Berbalik kepada perkara penting yang ingin saya sampaikan,
Sebelum itu, ada sedikit kenyataan. Melayu itu sinonimnya Islam. Walaupun ada orang Melayu yang bukan beragama Islam, tapi majoritinya Islam. Sejak azali lagi Melayu telah menjadi amat akrab dengan Islam. Seperti irama dan lagu, Melayu dan Islam mungkin tak dapat dipisahkan.
Kenyataan kedua. Majoriti orang Melayu membaca akhbar Melayu. Ada juga orang bukan Melayu yang membaca akhbar Melayu, tapi jumlahnya tidaklah seramai orang Melayu yang membaca akhbar Melayu. Kesimpulannya, majoriti akhbar Melayu dibaca oleh orang Melayu.
Jadi, apa kaitannya dengan Judi, Melayu=Islam, dan akhbar Melayu?
Kaitannya;
Apa kejadahnya dalam akhbar-akhbar Melayu arus perdana menyiarkan keputusan agensi nombor ramalan?
Apa kejadahnya dalam akhbar-akhbar Melayu tersebut diiklankan perkhidmatan SMS untuk memeriksa keputusan nombor ramalan?
Adakah dengan sedikit penguatkuasaan, ada juga promosi aktiviti nombor ramalan kepada orang Melayu?
Apa kejadahnya pihak yang menerbitkan akhbar Melayu menerbitkan iklan-iklan membabitkan nombor ramalan?
Terdesakkah akhbar Melayu arus perdana, yang mungkin kurang keuntungan, dengan menyiarkan iklan mengenai nombor ramalan?
Adakah nombor ramalan berfungsi untuk menyebarkan fikiran rakyat?
Mari sahabat dan taulan, kita desak akhbar-akahbar Melayu arus perdana untuk tidak menerbitkan iklan mengenai nombor ramalan dalam akhbar-akahbar tersebut, atau kita akan BOIKOT!
Selamat Hari Guru 2009 Mei 16, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.add a comment
Terima kasih cikgu.
Menangani Mat Rempit Mei 12, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Belia, Dalam Negeri, Masyarakat.add a comment
Terlalu mudah.
Kumpulkan mereka.
Uruskan latihan payung terjun.
Kemudian terjun di mana-mana kutub pun boleh.
Tapi bukan di kutub magnet.
Jangan lupa.
Bawa bersama sesiapa yang ingin turut serta bercuti di tempat sejuk.
Kemudian boleh bawa terjun sekali bendera.
Lepas itu boleh nyanyi lagu Negaraku.
Apa yang susah sangat?
Saya terjumpa artikel paling menarik dan masuk akal mengenai mat rempit. Baca di sini.