HANRUH Mei 22, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Pertahanan.trackback
HANRUH – Pertahanan Menyeluruh
Punca Kemenangan, Penjamin Kedaulatan
Assalamualaykum w.b.t. & salam sejahtera,
Pertahanan adalah salah satu daripada tiang yang mendukung sesebuah negara. Selain keselamatan dalam negeri, pertahanan daripada ancaman luar dan dalam merupakan teras sesebuah negara. Tanpa pertahanan yang utuh, maka akan rosaklah negara tersebut. Mementingkan ancaman bukan bemaksud gila perang, tapi ibarat menyediakan skim takaful untuk perlindungan.
Sarjana pernah mengungkapkan; Jika inginkan keamanan, bersedialah untuk berperang. Mengapa? Dengan persediaan peperangan yang mantap, pastinya musuh ragu-ragu untuk menggugat keamanan sesebuah negara. Hasilnya, tidak berlaku peperangan.
Selain itu, pakar strategi Cina, Sun Tzu berkata; Matlamat utama peperangan ialah keamanan…
Malah Al-Quran turut menyarankan agar pemerintah dan negara menyediakana angkatan perang yang cukup bagi menggerunkan musuh, sekaligus mencegah ancaman. Inilah konsep cegah rintang.
Malangnya, subjek ini tidak begitu mendapat perhatian di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang terlalu jahil tentang peri pentingnya pertahanan. Dek kerana tidak mempunyai ilmu dan tiada usaha mencarinya, bila timbul sesuatu isu, ramai yang ingin turut sama berakap dan mengulas, tapi mereka lebih kepada mengarut.
Contoh mudah. Panggil sekumpulan remaja, ataupun pergilah beborak dengan satu kumpulan dewasa. Kemudian mulakan topik HANRUH. Pasti ramai yang ternganga apa itu HANRUH. Berdasarkan Dasar Pertahanan Negara, konsep pertahanan menyeluruh adalah satu kepentingan penting yang perlu dibangunkan. Ia menuntut penglibatan sepenuhnya tentera dan rakyat.
Oleh yang demikian, saya telah merangka pelbagai topik untuk diperhalusi bagi membuka mata semua pihak untuk turut sama berada dalam HANRUH. Mungkin ini adalah usaha kecil untuk memulakan langkah besar ke arah pemahaman konsep HANRUH, seterusnya mewujudkan masyarakat yang celik pertahanan.
Rakyat adalah tunggak negara. Kita diberi amanah untuk hadir di bumi Malaysia yang bertuah ini, dan kitalah yang bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatnnya. Selain itu, organisasi pertahanan juga mempunyai pelbagai perkara positif untuk dipelajari, dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Marilah bersama membina negara Malaysia.
Sayangkan negara sebahagian daripada iman. Insyallah.
Komentar»
No comments yet — be the first.