Maaf, Saya Terlebih Laju Mei 28, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Dalam Negeri.trackback
Sedikit je, memandu 103km/jam di jalan yang berhadlaju 80km/jam.
Saman dikeluarkan pada April lalu, hanya sampai ke rumah pada pertengahan Mei.
Alhamdulillah, telah dibayar tadi dan saya berazam untuk memandu dengan lebih berhati-hati.
Lagipun bukan saya sengaja memandu melebihi had laju tempohari. Keadaan jalan dalam keadaan selamat dan kurang kenderaan. Jika tidak, saya tidak akan memecut.
Namun demikian, selain resit bayaran saman, seharusnya pihak polis memberikan cenderamat lain yang bertujuan mengingatkan pengguna jalanraya. Takkanlah nak ditampal resit bayaran saman tu pada papan pemuka supaya sentiasa beringat.
Fikir-fikirkanlah wahai encik polis.
En.Badri menyalahkan polis sbb kena saman ke?…polis tu hanya menunaikan amanah dan tanggugjawab die je En. Badri,En.Badri sudah memandu laju mlebihi had yang ditetapkan.Alasan jalan selamat dan kurang kenderaan bukanlah alasan untuk memandu laju melebihi had sbb bahaye tidak dijangka..dan sikap pemandu yg harus dibuang…
Pasal stiker tu En.badri beringatlah dengan yg tersayg ..xperlu tmpal stiker sbb tmpal stiker banyak2 pun xgune jugak tanpa ksedaran pemandu itu sendiri..kalau nak hadiah/cenderamat apabilekene saman susahla polis nak buat keje.
saya telah memeriksa beberapa kali, tiada dijumpakan mana-mana ayat yang saya menyalahkan polis kerana menyaman saya.
berkenaan jalan raya selamat, kurang kenderaan dan sebagainya bukanlah alasan semata-mata. cuma pendapat untuk mengkaji semula penarafan halaju jalanraya.
berkenaan stiker pula, itu adalah satu lagi cadangan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya sepertimana yang dilakukan oleh MKJR yang memberi stiker doa naik kenderaan.
saya pasti polis taklah suka menyaman orang, sebaliknya saman itu digunakan untuk memastikan undang-undang dipatuhi seterusnya meningkatkan keselamatan jalan raya, jadi tak salah jika usaha itu disertakan usaha lain juga, termasuklah usaha ingat-mengingatkan.
apa pun, terima kasih satu empat lapan!