jump to navigation

Sekolah Jenis Kebangsaan Jun 1, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Dalam Negeri, Kebudayaan, Masyarakat, Pelajaran, Perpaduan.
trackback

Pada Julai 2007, saya telah mengupas serba sedikit mengenai isu sekolah jenis kebangsaan dalam blog kerdil saya ini sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Karangan bertajuk Perpaduan Nasional Melalui Keseragaman Pendidikan Kebangsaan boleh dibaca di sini. Sehingga 1 Jun 2009, karangan tersebut telah dibaca sebanyak 1660 kali.

Lebih menggembirakan, saya telah menemui satu blog lain yang turut berusaha secara aktif untuk menjadikan sistem pendidikan satu aliran bahasa yang turut bermatlamatkan perpaduan nasional. Blog tersebut boleh diikuti di sini – Demi Negara: Satu Sekolah Untuk Semua.

Tidak dapat dinafikan lagi, kewujudan sekolah pelbagai aliran berasaskan kaum merupakan kesinambungan konsep ‘pecah & perintah’ yang diamalkan penjajah suatu masa dahulu demi kepentingan mereka untuk bertapak lama di tanah kita ini. Kini, konsep yang sama diamalkan, dan juga tidak boleh dinafikan, turut menjadi mainan dan modal politik segelintir politikus yang pendek akal. Ketaksuban perkauman tidak lagi boleh diamalkan membabi-buta, yang mana akan membawa kehancuran jika tidak lagi terkawal.

Marilah kita sama-sama mencari jalan perpaduan, dan bekerjasamalah untuk negara Malaysia dengan hati yang ikhlas.

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

Komentar»

1. Faiz B - Jun 1, 2009

Salam,

Saya menyokong kempen maya ini. Mari kita war-warkan usaha murni ini kepada semua.

2. Kembara Politik - Julai 9, 2009

Salam,

Mari sama-sama berjuang!

3. Kembara Politik - Ogos 5, 2009

Assalamualaikum,

Saya telah menghantar satu email kepada saudara. Mohon Saudara check email saudara.