MCKK All Blacks Jun 9, 2009
Posted by Ahmad Badri Alwi in Belia, Pelajaran, Sukan.trackback
Tengahari tadi, saya berkesempatan menonton beberapa perlawanan ragbi SBP 10 bawah 16 tahun yang dilangsungkan di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Tujuan utama pastinya menyaksikan perlawanan membabitkan MCKK, disamping memberikan sokongan moral.
Perlawanan peringkat kumpulan telah berakhir yang mana MCKK diletakkan dalam kumpulan C bersama-sama SERATAS dan SMAP Labu. Alhamdulillah, MCKK menjadi juara kumpulan dan akan mara ke peringkat kedua dalam kategori Cup/Plate.
Perlawanan seterusnya menentang Sekolah Menengah Sains Machang yang juga juara kumpulan D. Sekiranya MCKK menang, akan mara ke perlawanan suku akhir kategori Cup.
Berikut keputusan perlawanan peringkat kumpulan;
SERATAS vs MCKK : Seri 5-5
MCKK vs SMAP Labu : MCKK menang 24-0
Semoga MCKK akan terus beroleh kejayaan esok. Old & Present Boys yang berada di sekitar Kluang dijemput hadir memberikan sokongan. Maklumat lanjut di laman web MCOBA
Kemaskini
MCKK tewas 5-7 kepada SMS Machang dalam perlawanan pusingan kedua yang menyebabkan MCKK terkeluar daripada saingan kategori Cup ke kategori Plate.
Perlawanan suku akhir Plate, MCKK menentang SBPI Gopeng menyaksikan MCKK menang 24-0.
Walau bagaimanapun, saingan separuh akhir Plate menentang STAR menyaksikan MCKK tewas dan bermakna berakhirlah perjuangan MCKK All Blacks bagi kejohanan Ragbi SBP 10 edisi ke-10 tahun ini.
Semoga MCKK All Blacks akan dapat mencari rentak semula untuk perlawanan mendatang.
Sekian laporan daripada venue pertandingan. Kluang, Johor.
tahniah all blacks.
nampaknya sudah semakin banyak ‘all blacks’ di kalangan SBP. cuma masih gagal menandingi kehebatan the whites dari negara gajah putih.