Tentera kedua-dua negara, Thailand & Kemboja masing-massing bertempur di kawasan sempada yang dipertikaikan. Semalam Kemboja telah menghantar permohonan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memohon campur tangan segera untuk menghentikan perbalahan yang didakwa atas tindakan Thailand menceroboh sempada mereka.
Adakah Kemboja di pihak yang kalah? atau mereka benar-benar teraniaya dan tidak mahu berlaku pertumpahan darah di pihak mereka.
Adakah perlu campur tangan tentera pengaman? Adakah Malaysia akan turut serta sepertimana ketika cuba menjadi pendamai dalam krisis di selatan Filipina.
Di manakah fungsi ASEAN? Sekadar rakan sukan dan budaya dan akan terus berdiam diri seperti krisis demokrasi Myanmar. Sama-sama kita saksikan dan tunggu komen Najib dan Anifah Aman.