Serangan bersekutu ke atas Rejim Muammar Gaddafi telah dizahirkan. Atas nama ‘kemanusiaan’ untuk menghukum dan menggulingkan Kolonel badwi tua itu yang berlaku zalim kepada penentangnya, maka dilancarkan serangan atas bendera PBB.
Jika di Somalia Farah Aidid cuba dijatuhkan melalui penggunaan pasukan khas bagi menculiknya, dan di tempat lain pula mereka (baca Amerika & sekutu) memberi bantuan kepada penentang tempatan untuk melawan kerajaan semasa, maka mengapa perlu penggunaan cara konvensional dalam kes di Libya.
Nampaknya Obama dengan pendekatan berhemahnya sebelum ini telah mencipta medan perang baru setelah berkira-kira untuk meninggalkan Afghanistan yang mereka telah temui jalan buntu dalam memburu Osama. Di Iraq pula mereka berjaya mewujudkan ketidakstabilan sambil mereka rakus menyedut hasil buminya, sampai sekarang tidak terjumpa senjata pemusnah buatan Saddam untuk dunia.
Atau adakah ini hasil usaha pelobi zionis dan pedagang senjata yang perlukan medan baru bagi memasarkan dagangan mereka?
Jika tidak kerana kekayaan Libya dengan telaga emas hitamnya, pasti Libya dengan pemimpin zalimnya tidak dihiraukan seperti Myanmar yang tiada harga bagi kuasa besar untuk mereka kotorkan tangan mereka mereka dengan darah orang awam atas nama collateral damage.
Sudah adakah pelan pengembalian kepada rakyat Libya setelah Gaddafi diundurkan? Siapa yang akan naik? Acuan Amerika atau akan ada referendum? Atau segalanya akan tertangguh supaya sempat gergasi dunia itu menyedut minyak Libya terlebih dahulu.
Fuck America!
OIC tidak bersuara? Kita tunggu reaksi tempatan daripada Najib dan orangnya. Mungkin Rosmah berhak ditemuramah terlebuh dahulu. Pasti ada pendapat bernas.
Haha.
Jika anda berpuas hati dengan karangan ini, KLIK DISINI
