Latar Belakang
Muktahir ini, pelbagai tanda-tanda telah Allah tunjukkan sebagai peringatan kepada hambanya. Maka, sebagai golongan yang sedar, haruslah kita segera bertindak menyelamatkan diri, keluarga dan umat daripada terjerumus ke dalam lembah yang tidak diredhai oleh Allah.
Objektif
Melakukan kewajipan sebagai muslim dengan berdakwah, iaitu dengan memulakan langkah kecil dengan mengajak rakan bersolat. Amal Makruf!
Perlaksanaan
Mungkin sesetengah kita berat mulutnya untuk menuturkan kepada rakan di sekeliling untuk mengajak mereka bersolat. Oleh itu, langkah mudah adalah dengan mempamerkan status di Facebook mengajak rakan bersolat. Mungkin berhasil. Insyallah!
Manfaat
Dengan mengajak rakan bersolat, kita dapat menguatkan ummah kerana solat itu tiang agama. Seruan solat ini juga dapat menggalakkan rakan-rakan kita mengerjakan solat di awal waktu, meninggalkan seketika kealpaan dunia, dan menguatkan ummah dengan solat berjemaah.
Manfaat untuk diri sendiri pula adalah kita tidak akan mengajak rakan kita untuk bersolat jika kita sendiri tidak bersolat. Jadi, pasangkan niat, kemaskini status (mengajak rakan bersolat) dan tinggalakan computer anda menuju Allah. Sujud kepadaNya!
Contoh template:
Rakan-rakan,
Telah masuk waktu solat ASAR.