Industri Pertahanan Malaysia

Saya respon kepada laporan akhbar di sini, berkenaan cadangan penubuhan Fakulti Industri Pertahanan di UiTM, yang dicadangkan Menteri Pertahanan melalui Majlis industri Pertahanan, Penguatkuasaan & Keselamatan (MIDES).

MIDES – Saya kurang pasti mengenai MIDES, kerana sebelum ini sudah ada MDIC – Majlis Indutri Pertahanan Malaysia, yang berperanan membangunkan industri pertahanan negara, daripada sebagai ajen kepada OEM sahaja kepada menjadi pembuat peralatan pertahanan. MDIC ditubuhkan pada 1999, turut berperanan untuk membantu ahlinya memasarkan produk mereka ke luar negara.

Sehingga kini, industri tersebut tidaklah teralu menonjol, walaupun tidak dinafikan adanya pemain industri ini yang berjaya. Namun, adakah MDIC boleh dikategorikan sebagai berjaya? Anda tentukan! Dan kini muncul pula MIDES.

Berbalik kepada respon terhadap cadangan penubuhan Fakulti Industri Pertahanan, saya berpendapat sudah ada cukup tenaga pakar yang dilahirkan, tetapi mereka tidak digunakan sebaik mungkin. Saban tahun, beribu-ribu jurutera dan ahli sains dilahirkan daripada IPTA dan IPTS tempatan, namun kemana mereka?

Bidang industri pertahanan adalah terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran yang juga perlu dalam industri lain, jadi mengapa perlu pengkhususan sebegini?

Mengambil contoh jurukimpal yang diperlukan oleh industri, negara sudah memiliki banyak pusat latihan untuk melahirkan jurukimpal sedemikian, cuma yang perlu tambahkan bilangan jurukimpal yang dikeluarkan setiap tahun.

Jurutera sivil dan struktur, mekanikal, mekatronik, elektrik & elektronik, kajiterbang, marin, ahli bioteknologi dan pelbagi lagi kepakaran telah wujud dalam pelbagai sektor, cuma mereka kurang menceburi sektor pertahanan kerana senario industri itu sendiri.

Dengan menjalankan Khidmat Negara secara ketenteraan sepenuhnya, dan memantapkan penglibatan orang awam dalam pasukan simpanan, maka masayarakat akan lebih faham tentang ketenteraan dan industrinya, sekaligus melahirkan warga yang boleh menyumbang kepada industri tersebut. Selain itu, mungkin tiada lagi isu mempertikaikan perbelanjaan pertahanan sekiranya sudah ramai warga yang terlibat dan faham mengenai industri ini.

MIDES / menteri pertahanan juga mencadangkan penubuhan satu unit penilaian bagi penggunaan peralatan persenjataan, mungkin mereka tidak pernah dengar tetang STRIDE?

Peranan dan fungsi STRIDE dilaksanakan melalui berbagai-bagai aktiviti berikut :

i) Penilaian Teknikal
Merangkumi penentuan kesesuaian sesuatu barangan melalui penilai contoh, risalah, bahan, spesifikasi, standard dan lain-lain. Lazimnya penilaian teknikal dilakukan pada peringkat terawal dalam proses perolehan perkakasan, bahan, peralatan, sistem dan sebagainya.

ii) Pengujian dan Ujinilai
Melibatkan kerja-kerja makmal dan lapangan dalam pengendalian dan penganalisisan kesesuaian sesuatu sistem, peralatan, perkakasan, bahan dan sebagainya. Lazimnya keperluan pengujian teknikal ditentukan dan dipohon oleh unit-unit tentera mengikut keperluan dan keadaan sistem-sistem yang beroperasi.

iii) Penyelidikan dan Pembangunan
Bertujuan membangunkan keupayaan teknikal dalam menyaingi teknologi ketenteraan masa kini dalam bidang-bidang khusus yang dipertekankan.

iv) Penyiasatan
Dilakukan atas permohonan tertentu, lazimnya akibat kerosakan dan kemalangan. Tujuan penyiasatan ialah menentukan punca-punca kerosakan atau kemalangan bagi maksud pelaporan dan penyediaan syor serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelak perulangan insiden.

v) Seminar Teknikal
STRIDE kerapkali menganjurkan seminar teknikal dalam pelbagai bidang.

Sekian.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.