jump to navigation

Nota Oktober 9, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Berseorang sehingga betul-betul bersedia untuk berdua?

Bersedia = ?

Lagu Suria Mei 21, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Suria muncul di pagi hari

kita bangun sederap kaki

menara bangsa akan kita bina

perkasa tiada rebah lagi

 

Mentari sudah ada di sini

pasti bersinar seribu tahun lagi

biar  berhembus angin sangkakala

malam pasti tiada datang

 

Kita sudah tiada perlu tidur

kerna mimpi ada didepan mata

peluh jernih mengganti keringat

bersinar bagai mutiara

 

Rimba akan terus hijau

unggas, riang ria berkicau,

air jernih meriak di kali

 udara nyaman tenang di rongga

 

Darah kembali berharga

merah, buat penyeri muka

Embun jernih menitis di bibir

kasih sayang jadi milik semua

 

Kita bebas, terbang laksana burung, terikat hanya di tali cinta

Lagu Kerjasama Mei 21, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah

dan juga sanak saudara

kerana kolej kami turutkan

tanpa ragu dan bimbang

 

Dari utara hingga ke selatan

dari seluruh kawasan

kami berhimpun dalam satu badan

dengan satu tujuan

 

Belajar

dan segala

semuanya harus kami rasa

tiada kami pinta

namun kami terima

 

Ayuh semua kita sepakat

cekal hati sejiwa

bersama kita hadapi rintangan

demi masa hadapan

 

M, M, Kami Kolej M.

Harimau Bangkit Dari Lena? Mei 21, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Harimau,

raja di rimba,

gagah perkasa,

pintar bijaksana,

tapi malangnya,

harimau ini penakut?

atau sekadar harimau yang malas?

apabila disalak,

apabila diganggu,

apabila terancam,

barulah harimau ini bangkit dari lena,

secara tiba-tiba,

kemudian,

bila ancaman sudah suam,

harimau itu lena semula,

apabila diancam lagi,

harimau itu pun bangkit lagi,

mengaum sekali dua,

dan kemudian lena semula,

kerana kerap disuap,

kerana badannya selalu diurut,

harimau itu sering saja lena,

jarang sekali melangkah gagah,

mencari makanan sendiri,

hanya menunggu menganga mulut,

hanya sesekali,

harimau itu berlagak macam harimau,

megah dengan kancil buruan,

itu pun,

hanya sesekali,

masa lainnya,

hanya selalu terlena,

maaflah wahai harimau,

aku bukan ingin mengata keseluruhanmu,

tapi ada dalam kawananmu,

yang begitu,

bangkitlah harimau,

terus bangkit,

dan jangan lena lagi.

Ekor Kuda 4D Mei 21, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Assalamualaykum w.b.t. & salam sejahtera,

Tidak & bukan. Tajuk di atas bukan bermaksud ekor kuda 4 dimensi. Tetapi, tajuk di atas berkaitan perniagaan agensi nombor ramalan di Malaysia. Nombor ramalan? Teka nombor dan bertaruh sejumlah wang. Jika nombor yang diteka mengena, adalah habuannya. Jika tiada, meloponglah.

Saya bukan menulis untuk mempromosi aktiviti ini, apatah lagi memberi panduan dan tips bagaimana untuk menyertainya. Tapi ada perkara penting yang perlu disampaikan.

Aktiviti tersebut adalah amalan perjudian yang dilarang Islam.

Kerana aktiviti ini haram di sisi Islam, kita dapat melihat banyak premis perjudian nombor ramalam ini akan memaparkan papan tanda yang tertulis; JUDI ADALAH DILARANG DISISI ISLAM….. diikuti potongan ayat Al-Quran mengenai larangan berjudi. Kadangkala kita juga dapat melihat pihak berkuasa agama menjalankan operasi untuk menahan orang-orang Islam yang berkunjung ke premis terbabit.

Berbalik kepada perkara penting yang ingin saya sampaikan,

Sebelum itu, ada sedikit kenyataan. Melayu itu sinonimnya Islam. Walaupun ada orang Melayu yang bukan beragama Islam, tapi majoritinya Islam. Sejak azali lagi Melayu telah menjadi amat akrab dengan Islam. Seperti irama dan lagu, Melayu dan Islam mungkin tak dapat dipisahkan.

Kenyataan kedua. Majoriti orang Melayu membaca akhbar Melayu. Ada juga orang bukan Melayu yang membaca akhbar Melayu, tapi jumlahnya tidaklah seramai orang Melayu yang membaca akhbar Melayu. Kesimpulannya, majoriti akhbar Melayu dibaca oleh orang Melayu.

Jadi, apa kaitannya dengan Judi, Melayu=Islam, dan akhbar Melayu?

Kaitannya;

Apa kejadahnya dalam akhbar-akhbar Melayu arus perdana menyiarkan keputusan agensi nombor ramalan?

Apa kejadahnya dalam akhbar-akhbar Melayu tersebut diiklankan perkhidmatan SMS untuk memeriksa keputusan nombor ramalan?

Adakah dengan sedikit penguatkuasaan, ada juga promosi aktiviti nombor ramalan kepada orang Melayu?

Apa kejadahnya pihak yang menerbitkan akhbar Melayu menerbitkan iklan-iklan membabitkan nombor ramalan?

Terdesakkah akhbar Melayu arus perdana, yang mungkin kurang keuntungan, dengan menyiarkan iklan mengenai nombor ramalan?

Adakah nombor ramalan berfungsi untuk menyebarkan fikiran rakyat?

Mari sahabat dan taulan, kita desak akhbar-akahbar Melayu arus perdana untuk tidak menerbitkan iklan mengenai nombor ramalan dalam akhbar-akahbar tersebut, atau kita akan BOIKOT!

Selamat Hari Guru 2009 Mei 16, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Terima kasih cikgu.

Semakin Lama, Kita Terus Menjauh… April 26, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

545047082df60612

Assalamualaykum w.b.t. & salam sejahtera,

Rakan dan taulan Palestin,

Kesempatan hari Ahad ini, saya mengunjungi beberapa laman web berita arus perdana tempatan berbahasa Melayu. Tujuannya untuk menilai sejauh mana sokongan berterusan kita terhadap Palestin. Selagi lagi saya tekankan, Palestin bukanlah krisis kemanusiaan semata-mata, bukan juga perang antara 2 negara sahaja, mahupun tragedi penjajahan yang berterusan. Bagi orang-orang Islam yang ambil tahu, Palestin adalah ujian buat kita.

Saya mengharapkan agar pagi esok Israel memerangi Palestin khususnya Gaza secara besar-besaran. Mengapa? Saya gila perang? Saya mahu HAMAS berkubur? SAya mahu semua penduduk Gaza mati dan buminya jadi habuk?

Tidak.

Saya inginkan masyarakat Malaysia dan dunia memberi tumpuan sepenuhnya kepada Palestin. Mengapa tumpuan hanya perlu ketika berlaku serangan besar-besaran? Selepas itu kita memenuhi jalanan menyatakan bantahan. Kita tubuhkan tabung itu dan ini untuk membelikan sedikit makanan buat sahabat kita di sana. Kita berdoa dan bersolat hajat pohonkan kedamaian buat saudara kita di sana.

Sebulan selepas tamat perang, daripada 100 saf yang berdoa tinggal 1 atau 2. Selepas itu tiada lagi derma dihantar. Lama selepas itu lagi, tiada pun orang yang bersuara. Malangnya kita, malangnya Palestin.

Saya menjenguk ke akhbar-akhbar terbabit dan tiada lagi banner tentang peritiwa Palestin. Tiada lagi pautan khas untuk menderma ke Palestin? Sudah lupakah kita?

Marilah bermuhasabah diri.

Dulu Hingga Kini, Masalah Tetap Sama April 5, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
49 comments

Saya merujuk kepada satu laporan berita daripada laman web BERNAMA bertajuk; Penyeludup Semakin Agresif, PGM perlu alat keselamatan khas.

PGM adalah Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia. Tiada maklumat lanjut mengenai PGM dalam laman web PDRM melainkan pasukan ini dikenali sebagai cawangan marin di bawah jabatan keselamatan dalam negeri / ketenteraman awam. PGM merupakan penguatkuasa perairan bagi kawasan pantai sehingga jarak 12 batu nautika daripada pantai sebelum kewujudan Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM). Ketika ini, saya tidak dapat memastikan berlaku pertindihan tugas, ataupun PGM mempunyai tugas-tugas tertentu di perairan pelabuhan dan sempadan sungai.

Isunya besar dan banyak, bukan sahaja mengenai kewujudan PGM, APMM, juga  mengenai isu logistik dan perancangan masa depan penguatkuasa undang-undang negara. Sebelum itu, mohon maaf kepada anggota dan pesara PGM, karangan ini bukan bertujuan untuk menidakkan jasa, kemahiran dan kemampuan PGM menangani jenayah dan menjaga keselamatan perairan, cuma buah pandangan ke arah mewujudkan budaya penguatkuasaan cemerlang.

Sebelum ini saya pernah menulis beberapa cadangan tentang PDRM setelah satu insiden membabitkan kecederaan dan kematian anggota dan pegawai PDRM. Kini, isunya berlainan, tetapi masalah yang sama diutarakan. PGM dalam laporan berita berkenaan menyebut beberapa peralatan yang diperlukan bagi menjamin keselamatan anggota mereka ketika bertugas. Bagi saya, peralatan tersebut adalah keperluan kritikal.

Peralatan tersebut sepatutnya menjadi keutamaan paling penting untuk disediakan kepada setiap anggota dan pegawai yang bertugas, kerana pada sebilang masa keselamatan mereka menjadi taruhan. Peralatan lengkap akan menaikkan moral anggota untuk bertugas dengan penuh berani dan efisyen. Peralatan lengkap juga sedikit sebanyak menurunkan moral musuh.

Saya sudah mengikuti tiga cubaan untuk ‘merevolusikan’ penampilan dan peralatan anggota polis. Pertama, pembekalan T-Baton untuk anggota terutamanya unit peronda dan cegah jenayah. Mungkin sudah diimplementasikan, namun tidak semua anggota tersebut dilihat memakainya. Kedua, pembekalan anak baju kalis peluru/tikaman. Isu PGM ini tidak akan wujud sekiranya logistik PDRM telah mengambil langkah menyeluruh dengan mengenalpasti ancaman yang memerlukan anggotanya memakai anak baju tersebut. Jangan bertindak setelah terhantuk, sebaliknya jangkakan ancaman masa depan.

Ketiga, uniform baru anggota yang bertugas di medan. Uniform baru itu membuang semua ‘besi-besi’ dan perhiasan kebanggaan pada uniform pasukan polis. Cukuplah dengan uniform yang ringan dan mudah, serta cukup selesa untuk tangkas bertindak. Simpan sahajalah perhiasan kebanggaan yang ada untuk dipakai semasa  perbarisan sahaja. Namun, buat masa ini, uniform lama masih dilihat dipakai anggota polis, mungkin penggantian berlaku secara beperingkat kerana melibatkan kos yang tinggi.

Berkenaan APMM dan PGM, sudah sampai masanya PGM dibubarkan dan semua anggotanya diserap ke dalam unit-unit kritikal PDRM dalam usaha mengekang jenayah. Selaras dengan cadangan ahli parlimen Shah Alam, jumlah anggota polis yang ditempatkan di sesuatu kawasan janganlah berdasarkan statistik jenayah, sebaliknya berdasarkan nisbah anggota polis kepada penduduk. Nisbah yang sesuai akan dapat memastikan tugas-tugas pencegahan berjalan lancar, bukannya melambakkan anggota hanya untuk mengekang jenayah selepas kadarnya meningkat.

Khususkan tugasan menjaga perairan kepada APMM. Sediakan kemudahan, tauliahkan lagi vessel-vessel untuk APMM, bangunkan APMM sebaik mungkin supaya mempunyai kuku dan taring yang cukup ampuh untuk mengawal perairan tanahair. APMM perlu juga membangun sebagai angkatan laut kecil yang boleh menjaga keseluruhan perairan dari Selat Melaka ke Laut China Selatan hingga ke Laut Sulu. Biarlah Tentera Laut Diraja Malaysia memberi tumpuan untuk benar-benar menjadi angkatan samudera di lautan lepas.

Seperkara lagi, ambillah contoh daripada beberapa negara lain dengan mewujudkan agensi khas untuk menjaga sempadan. Tidak perlu menggunakan anggota polis untuk menjaga sempadan, cukuplah polis memberi tumpuan untuk tugas mereka yang hakiki. Perbesarkan dan maksimumkan kemampuan Rejimen Sempadan untuk bertugas menjaga sempadan negara di utara dan selatan, timur dan barat.

Tingkatkan integriti dalam penguatkuasaan. Penggunaan sumber negara untuk tugas keselamatan dan penguatkuasaan mestilah benar-benar dimaksimumkan. Elakkan pertindihan tugas. Ke arah budaya penguatkuasaan cemerlang!

Allahyarham Rezuan Shaari (EC 20) April 1, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Assalamualaykum w.b.t. &  salam sejahtera.

Perhatian buat sahabat-sahabat bekas pegawai 20th Echo Charlie dan 4th Echo Charlie Hotel, dimaklumkan bahawa seorang sahabat kita telah kembali ke rahmatullah akaibat kemalangan jalan raya pada 28 Mac 2009.

Berita sedih ini saya ketahui melalui laman komuniti Friendster, namun telah disahkan melalui panggilan telefon ke kediaman Allahyarham. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat roh Allahyarham, moga-moga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman, diampunkan segala dosa, dan mendapatkan keselesaan di alam yang satu lagi.

Bagi sesiapa yang berhajat menyampaikan rasa takziah kepada keluarga Allahyarham, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.

Akademi Laut Malaysia: Pandangan Saya (2) Mac 27, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
2 comments

Atas sebab-sebab keselamatan berkaitan etika dan undang-undang dalam penulisan dan penerbitan blog, saya telah dinasihatkan untuk menarik balik semua kenyataan yang telah dibuat dalam blog ini.

Oleh yang demikian, mana-mana individu yang berhajat mendapatkan pandangan saya sebelum membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke institusi tersebut, sila hubungi saya secara peribadi melalui alamat emel di ruangan about.

Sila nyatakan soalan-soalan anda secara terperinci. Mohon maaf atas segala kesulitan. Terima kasih.

Rutin Jumaat Mac 20, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Assalamualaykum w.b.t. & salam sejahtera,

545047082df60612

Rakan dan taulan Palestin,

Media massa arus perdana nampaknya sudah mula suam dengan isu Palestin. Adakah lebih bagus sekiranya setiap hari Israel memerangi Gaza supaya isu Gaza dan Palestin sentiasa membasahi bibir-bibir kita?

Adakah ramai antara kita masih lagi tidak memahami apa sebenarnya isu dan masalah Palestin?

Adakah ramai antara kita masih lagi menganggap isu Palestin ini isu kemanusiaan semata-mata?

Saya menyeru rakan dan taulan Palestin khususnya yang beragama Islam supaya turut sama merindu tanah haram Islam ketiga itu. Tanamkan hasrat untuk sujud menghadap Allah dalam Masjid Al-Aqsa, yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam dan titik mikraj Rasulullah menemui Allah.

Tercari-cari cara untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin? Berhajat untuk sama-sama berjuang di barisan hadapan tetapi diri ini terlalu kerdil dan lemah? Marilah kita sama-sama mengirimkan kepada sahabat-sahabat kita pejuang barisan hadapan di bumi para anbiya’ itu dengan sedikit bantuan kewangan untuk kesinambungan perjuangan mereka.

Ingat nombor ini; 1406 9010 0212 98 BIMB Tabung Kemanusiaan Harakah – Rayuan Gaza.

Saya telah memulakannya. Oleh itu, saya mengesyorkan sempena penghulu segala hari, marilah kita sama-sama menghulur derma ke akaun tersebut. RM 10 setiap Jumaat.

Jika 10 orang = RM 100

100 orang = RM 1000

1000 orang = RM 1000

10000 orang = RM 100000

100000 orang = RM 1000000

1000000 orang = RM 10000000

Bayangkan kita mengirimkan mereka RM 10000000 setiap Jumaat, betapa bersemangatnya mereka berjuang dan betapa besar dan hebat kekuatan yang dapat mereka kumpulkan. Itu baru sumbangan dari saudara-saudara di Malaysia, belum lagi dari sahabat-sahabat kita di tempat lain.

Ayuh, ingatlah janji-janji Allah dengan setiap saham akhirat yang kita laburkan. Semoga sedikit sumbangan kita hari ini akan menyelamatkan kita bilamana disoal tentang peranan kita terhadap ujian Allah di Palestin. Insyallah.

Skim Insurans Pengangguran Mac 15, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Assalamualaykum w.b.t. & salam sejahtera,

Saya menyokong cadangan pengwujudan skim insurans pengangguran, agar golongan pekerja bolehlah mendapatkan satu alternatif dalam amalan menabung. Bila berlaku krisis ekonomi, ataupun pekerjaan diberhentikan oleh apa-apa sebab, mereka tidak perlulah bergolok bergadai ataupun menggunakan simpanan untuk tujuan lain bagi menampung keperluan diri dan keluarga, juga kos mencari kerja baru sepanjang tempoh menganggur.

Jumlah caruman atau premium yang perlu dibayar juga patut ditentukan golongan pekerja sendiri, dengan mewujudkan pelbagai pilihan. Pekerja baru dan kurang tanggungan mungkin boleh membayar premium yang rendah dengan perlindungan minimum, manakala pekerja yang berkeluarga boleh memilih plan yang memberi perlindungan yang tinggi.

Selain itu, saya juga mencadangkan sekiranya dilaksanakan kelak, skim insurans pengangguran tersebut mestilah mesra pengguna, juga kurang kerenah birokrasi. Juga bolehlah diwujudkan skim elaun untuk penganggur yang tidak pernah bekerja, malas bekerja atau terlalu memilih kerja. Apabila mereka menerima elaun tersebut, mereka akan diberikan pilihan kerja daripada sektor yang kurang pekerja, juga sektor yang terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing. Kemudian, golongan penganggur terbabit punya dua pilihan, mengambil tawaran kerja tersebut, ataupun memulangkan kembali elaun yang telah diterima.

PPSMI – Cadangan-cadangan Mac 15, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment
  1. PPSMI tidak dimulakan seawal sekolah rendah, memandangkan tidaklah terlalu banyak perkataan ‘bombastik’ dalam subjek-subjek sains dan matematik di sekolah rendah yang tidak boleh dimelayukan perkataan tersebut.
  2. Masa pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris ditingkatkan, serta dibuat kajian yang amat mendalam bagaimana penguasaan bahasa Inggeris murid-murid boleh ditingkatkan.
  3. Dasar PPSMI tidaklah dikuburkan terus. Selaras dengan bertambahnya murid-murid pandai dalam negara, maka PPSMI bolehlah digunapakai untuk sekolah-sekolah tertentu. Contohnya, SBP, MRSM, Sekolah Premier dan Sekolah Kluster terpilih.
  4. Bukan sahaja PPSMI, malah sekolah-sekolah terpilih tersebut boleh juga menggunakan terus bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  5. Mengambil contoh, sebuah sekolah di Perak sebelum PPSMI dimulakan, telah menjalankan satu projek di mana asrama tingkatan 1 telah dijadikan ‘English Speaking Area’. Jadinya, apabila pelajar-pelajar terbabit menggunakan dasar PPSMI, tiada lagi masalah kerana mereka sudah pun bertutur dalam bahasa Inggeris. Ambil perhatian bahawa pelajar-pelajar terbabit adalah pelajar terpilih.
  6. Saya akan utarakan lagi cadangan lain jika ada. Terima kasih.
  7. Satu cadangan di luar PPSMI, semua sekolah dalam negara perlulah sedaya-upaya dijadikan sekolah satu sesi. Sekiranya semua sekolah dijadikan sekolah satu sesi, sesi petang selepas sekolah tamat bolehlah dimanfaatkan untuk aktiviti lepas sekolah, yang mana aktiviti tersebut memainkan peranan penting dalam pembangunan minda dan pendidikan negara. Premis sekolah juga bolehlah dimanfaatkan sepenuhnya.

Mersing Laguna Reclamation 2 Februari 28, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment
  1. Keluasan Mersing Laguna adalah 2200 ekar
  2. Dibangunkan di kawasan pantai cetek di Teluk Mersing
  3. Mersing Laguna adalah kawasan pantai yang ditambak sepanjang tujuh (7) kilometer antara Tanjung Selantai dan Tanjung Bangka
  4. Tanjung Selantai: Longitud 103°50′52″E Latitud 2°30′19″N
  5. Tanjung Bangka: Longitud 103°51′52″E Latitud 2°25′32″N

Rangkuman maklumat mengenai Mersing Laguna boleh juga didapati di sini.

Jangan Lupa Bersyukur Februari 11, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Assalamualaykum w.b.t. & salam sejahtera,

Rakan & taulan,
Ambillah sedikit masa untuk bersyukur walaupun dengan sedikit nikmat. Dengan bersyukur, Insyallah akan digandakan lagi nikmat tersebut, dalam pelbagai cara yang dikehendakiNya.

Tarif Elektrik Turun 1 Mac

Tabung Kemanusiaan Harakah – Rayuan Gaza Januari 27, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

545047082df60612

Assalamualaykum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Rakan dan taulan Palestin,

Saya hanya melaksanakan amanah dengan mempromosi dan memberi sedikit penerangan mengenai Tabung Kemanusiaan Harakah – Rayuan Gaza ini, yang seharusnya menjadi pilihan anda berbanding tabung-tabung lain yang sedang aktif sekarang.

Harakah adalah media PAS, dan jikapun anda bukanlah penyokong PAS, saya mengharapkan anda akan menderma kepada Palestin melalui tabung ini kerana beberapa sebab yang akan saya nyatakan. PAS sejak sekian lama, terus konsisten mengiktiraf peranan yang dibawakan Hamas di bumi Palestin. Lebih-lebih lagi setelah Hamas memenangi majoriti dalam pilihanraya di Palestin, dan sepatutnya menubuhkan kerajaan, tapi ditidakkan sebahagian kuasa besar antarabangsa yang juga sekutu zionis.

Hamas bertindak mentadbir Gaza yang dikepung dan diasingkan, dan mungkin anda fikir Hamaslah yang mencetus peperangan kerana serangan roket mereka ke wilayah Israel. Namun, apa lagi yang mereka boleh lakukan untuk terus menghidupkan semangat bagi perjuangan membebaskan bumi Palestin. Namun saya juga kurang pasti, samada duta Palestin di Malaysia ketika ini dilantik Fatah atau Hamas, dan juga apa pendirian kerajaan Malaysia mengenai siapa sebenarnya kerajaan Palestin yang sah.

Amat malang sekiranya kutipan yang dibuat disalurkan kepada Fatah, kerana ketika ini di Palestin, Fatah hanya memainkan peranan ‘berkesan’ di tebing barat, dan mereka juga turut bersekongkol dengan Israel, untuk menahan nasionalis-nasionalis yang menghidupkan intifada bagi pembebasan bumi Palestin, samada dengan cara ketenteraan juga politik.

Selain itu, perang yang berlaku baru-baru ini juga berperanan untuk menaikkan populariti kerajaan semasa Israel, yang akan berhadapan dengan pilihanraya, juga untuk menghakis kepercayaan penduduk Palestin terhadap Hamas, agar penduduk Palestin akan memilih Fatah sebagai kerajaan bagi pilihanraya akan datang. Penguasaan Fatah secara sah dalam pilihanraya akan datang, akan memudahkan penguasaan Israel ke atas palestin, melalui hubungan Fatah yang sentiasa tunduk kepada Israel.

Maka, apabila jatuhnya Hamas, Israel mengharapkan perjuangan intifada bersenjata dan secara politik, akan dapat dibendung.

Tidak diketahui juga secara jelas, samada bantuan yang dihulurkan melalui Fatah, akan benar-benar sampai kepada mangsa-mangsa peperangan di Gaza, ataupun akan tersekat di mana-mana. Oleh yang demikian, derma kepada Palestin melalui tabung ini, akan sedaya upaya disampaikan terus kepada Hamas, atau melalui petugas-petugas kemanusiaan PAS-Harakah yang berada di Gaza.

Moga pihak yang berhak dan benar akan terus dilimpahi bantuan yang sewajarnya, dan akan terus membantu mereka membina kehidupan, dan terus berjuang ke arah pembukaan Palestin yang berdaulat dan aman makmur.

Insyallah.

Hulurkan sumbangan anda kepada TABUNG KEMANUSIAAN HARAKAH – RAYUAN GAZA

No Akaun: 14069010021298 BIMB

Pertanyaan lanjut  sila hubungi kemanusiaan@harakah.net.my

Maklumat lanjut di Harakah Online – klik disini

Lindungi Wanita, Laksanakan Hudud! Januari 25, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Assalamualaykum w.b.t.

Setiap kali saya terbaca kes rogol di akhbar, perasaan saya begitu marah. Tiada sejarah hitam dalam keluarga yang mencetuskan perasaan sedemikian, tapi saya fikir atas tanggungjawab insan yang bernama LELAKI, yang secara fitrahnya bertanggungjawab membela maruah wanita.

Sejarah panjang Islam telah menunjukkan dengan jelas bagaimana kedatangan Islam itu membela peribadi dan maruah, juga keselamatan wanita. Lihat sahaja bagaimana ketika zaman jahiliyah bayi-bayi perempuan ditanam untuk mengelakkan mereka mendatangkan mudarat pada keluarga.

Namun kedatangan Islam itu umpama kemenangan bagi wanita. Jika ramai menganggap Taliban di Afghanistan menidakkan hak wanita, sebenarnya Talibanlah yang bertanggungjawab melindungi dan mengembalikan hak wanita. Sejarah kecil Taliban, selain dasarnya dalam mempertahankan bumi Afghanistan dan memenangkan syiar Islam disana, turut bermula dengan penglibatan mereka dalam melindungi golongan wanita.

Apabila Islam tidak diamalkan dengan baik ketika itu, wanita sering kali menjadi mangsa rogol dan kezaliman. Aduan kepada pihak berkuasa tidak diendahkan. Maka, mereka mencari alternatif mencari perlindungan dengan golongan pelajar-pelajar agama di pondok, yang terus terseru dengan panggilan tanggungjawab untuk membela golongan wanita itu.

Di Malaysia, saya akan merasa begitu marah apabila terjadinya kes-kes kezaliman terhadap wanita. Tak kira apa faktornya yang pelbagai, pendapat saya meletakkan faktor utamanya terletak kepada sistem yang tidak mengamalkan hudud. Hudud itu bukan ciptaan manusia, tetapi daripada pencipta alam ini.

Saya akan kerap melampirkan ringkasan dari laporan akhbar terhadap kes-kes kezaliman terhadap wanita terutamanya rogol, agar dapat sama-sama kita berfikir, dan membuka mata kenapa kita perlukan pelaksanaan hudud.

Semoga golongan wanita akan terbela keselamatan, maruah dan hak mereka. Insyallah.

CULIK, ROGOL, ROMPAK JURURAWAT DIPENJARA 28 TAHUN - Utusan Online 

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT – Utusan Online

Menjunjung Intifada Januari 24, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

545047082df60612

Assalamualaykum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Rakan dan taulan Palestin,

Gaza bukanlah peperangan dan krisis kemanusiaan semata-mata. Fahamilah hakikat sebenar apa yang terjadi di tanah haram Islam ketiga itu. Impikan dan rindukan untuk sujud mengadap tuhannya dalam Masjid Al-Aqsa yang penuh keberkatan selepas Masjid Al-Haram dan Masjid Nabawi.

Sebagaimana tersebar luas dan berjayanya perjuangan keadilan yang pernah bersinar di bumi Afghanistan, begitulah yang diharapkan akan terjadi di bumi Palestin. Moga bumi para anbiya’ itu akan menerima kehadiran pejuang-pejuang yang rindukan Al-Aqsa dan cintakan syahid bertemu tuhannya. Tidak kira pihak mana yang menjunjung intifada, samada Hamas ataupun mengharapkan Fatah akan kembali ke jalan yang lurus, mereka perlukan bantuan rakan dan taulan Palestin.

Saya insan yang lemah. Moga Allah mengampunkan saya. Saya tidak ada kuasa dan upaya, ketika ini, samada untuk bersama-sama di barisan hadapan memuntahkan peluru dan roket kepada tentera Israel, mahupun untuk menjadi penggerak dan pencetus perjuangan seperti yang dilakukan saudaraku Osama bin Laden di Afghanistan.

Upaya untuk terus menulis agar mencetus buah fikiran baru, menukar pendirian dan memberi kesedaran, agar kita- sama-sama lebih faham mengenai isu Palestin. Syukur ke hadrat Ilahi, moga-moga serangan terbaru zionis ke atas bumi Gaza ini bakal melahirkan lebih ramai pejuang untuk membebaskan Al-Aqsa, baik  jauh mahupun dekat.

Biarkan PBB mahu membangunkan Gaza, biarkan Obama ingin memberi cahaya baru perdamaian di asia barat, biarkan rakan dan taulan Palestin yang masih lagi tidak faham-faham dan menganggap Palestin hanyalah isu peperangan dan kemanusiaan, biarkan rakan dan taulan yang faham isu Palestin tetapi masih takut dan tidak tetap pendirian, biarkanlah mereka dan doakan agar mereka mendapat panduan Allah.  Moga akan ada yang benar-benar faham dan berani.

Rakan dan taulan Palestin,

Mulai ketika ini, ikrarkanlah sokongan kepada pemegang amanah dan penjunjung intifada bumi Palestin, hulurkan bantuan kepada mereka untuk menyediakan Palestin dengan keperluan asas, juga berikanlah bantuan untuk mereka berjuang di barisan hadapan. Bersatulah dengan mengiktiraf pemegang amanah sebenar bumi Palestin, dan tolaklah mereka yang bersekongkol dengan Israel, kerana mereka lebih rindukan dunia berbanding akhirat.

Bantulah Hamas. Untuk Membantu Palestin. Junjunglah Intifada!

Merindui Al-Aqsa…

Ingin Membantu Palestin? Bantulah HAMAS! Januari 17, 2009

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
1 comment so far

Assalamualaykum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Pertamanya, saya mencadangkan agar anda dapat membaca artikel ini, berkenaan kedudukan sebenar konflik di Palestin.

KITA DAN PALESTIN

Oleh Nik Mohamad Abduh bin Nik Aziz, daripada blog Masanya Memilih Jalan Yang Lurus

Sekadar pendapat saya, bukannya menafikan sekeras-kerasnya apa yang berlaku dan apa yang sedang kita sama-sama lakukan sekarang, hanyalah sekadar sedikit buah fikiran untuk kita sama-sama memikirkannya.

Palestin sudah lama tertindas, Gaza bukan baru saja terkepung bulan lepas, malah sudah lama. Kebebasan mereka diragut. Perjalanan mereka disekat. Keperluan mereka dibatasi. Pembunuhan skala kecil-kecilan berlaku setiap hari tanpa rakan dan taulan memberi perhatian yang sepatutnya.

Syukur kepada serangan besar-besaran rejim zionis, kerana baru ini sajalah rakan dan taulan Palestin membuka mata lebih luas, yang sebelum ini melihat derita Palestin, dan kemudian memalingkan muka dan mengalih matanya.

Saya melihat sedikit kelucuan dalam beberapa proses yang dilakukan rakan dan taulan palestin yang baru sahaja membuka mata luas-luas ketika ini untuk membantu Palestin. Mereka bermesyuarat, dengan agenda yang cukup besar untuk melaksanakan gencatan senjata d Palestin. Tidakkah kita lupa rutin dan cara Israel ketika bertempur dengan Hizbullah di Lubnan. Gencatan senjata, walaupun diarahkan PBB, tidak akan diendahkan. Gencatan senjata bagi Israel, hanyalah satu exit strategy, apabila mereka mula merasakan mereka tewas, dan tidak lagi dapat mara juga tidak lagi dapat menanggung kemalangan jiwa di pihak mereka.

Itulah yang akan berlaku di bumi Gaza. Hamas bukanlah lemah, tiada organisasi dan berserakan. Mereka hanyalah tidak sekuat Hizbullah, apatah lagi setelah sekian lama dikepung dan disekat Israel. Tunggu sahajalah bilamana Israel masuk lebih dalam ke Gaza, lihatlah bagaimana infantri merka menyembah bumi satu-persatu.

Hamas pasti ada kekuatan kerana selama ini mereka sentiasa mempersiapkan diri menjunjung intifada. Biar seluruh saf kepimpinan mereka rebah, patah tumbuh hilang berganti. Semangat perjuangan yang tertanam sejak kanak-kanak lagi pasti akan terus membakar semangat perjuangan mereka untuk mempertahan dan membebaskan tanah haram ketiga itu. Hanya kemenangan yang dijanjikanNya dinantikan.

Tapi apa peranan yang kita mainkan? Sedang Hamas sebagai pejuang barisan hadapan menghadapi hujan peluru di perbatasan, apa rakan dan taulan Palestin lakukan. Saya kira satu pengkhianatan bagi perjuangan Palestin apabila rakan dan taulan Palestin berurusan dengan Fatah yang telah ditolak rakyat Palestin. Hamas sahajalah yang berhak mentadbir Palestin, dan membawa Palestin ke puncak kemenangan.

Berbalik kepada apa  yang sedang kita lakukan sekarang. Kita berebut-rebut menggunakan rezeki yang Allah limpahkan ke atas bumi  yang kaya dan aman ini, dengan menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa bedilan dan pengeboman zionis di Gaza. Mangsa-mangsa telah, sedang dan akan terbantu. Bagaimana dengan pejuang Hamas, siapakan yang membantu mereka? Hamas tidak memerlukan limpahan makanan, ubatan-ubatan dan bantuan lain, sebaliknya mereka memerlukan kesinambungan bekalan untuk terus memuntahkan peluru dan roket mereka ke atas zionis. Siapa yang membantu Hamas?

Saya yakin, jika kita tidak menghulurkan sebarang bantuan ubat-ubatan dan makanan kepada mangsa-mangsa peperangan di Gaza, mereka tidak akan mati tanpa ubatan di hospital dan tidak akan mati kebuluran di sana. Rakan-rakan Arab, pada saya sudahpun menyediakan lebih daripada mencukupi apa yang Gaza perlukan, cuma tidak dapat disalurkan buat masa ini.

Mengapa? kerana pintu sempadan utama Rafah-Gaza terus dijadikan dolak-dalik pemimpin Mesir, negara yang menempatkan Universiti Al-Azhar. Ayuh rakan dan taulan Palestin, berikan tekanan bukan kepada UNGA dan majlis keselamatan, berikan tekanan dan sokongan kepada Mesir, agar mereka kasihkan bumi Gaza dan isinya, dan agar mereka dapat berdiri teguh tanpa gentar kepada zionis. Mesir perlukan bantuan rakan dan taulan Palestin.

Ayuh rakan dan taulan Palestin, sepertimana mendaratnya kapal-kapal bantuan di bumi Aceh yang dipukul tsunami, rapatilah pantai Gaza tanpa hiraukan angkatan laut Israel dan hantarkan bantuan kepada Gaza dan isinya.

Saya masih lagi mencari apa rasionalnya tabung untuk Gaza yang dianjurkan di Malaysia ketika ini, ketika pagi Sabtu ini sudahpun menjangkau RM 2.7 juta, akan terus dikumpulkan sehingga Febuari nanti. Adakah selepas Febuari itu barulah bantuan dihulurkan? Dengan izin Allah ketika itu gencatan senjata telah berlaku, adakah jika cukup bantuan keperluan asas yang telah diberikan oleh negara-negara lain, adakah tabung itu akan diguna untuk membangnkan Palestin?

Ayuh rakan dan taulan Palestin, bantulah Hamas untuk membantu Palestin. Selagi wujud negara haram Israel, kedamaian yang diimpikan oleh seisi Gaza hanyalah mimpi dan angan-angan. Tanah Haram itu tidak akan damai biarpun dilimpahi bantuan ubatan dan makanan yang menggunung, selagi mereka tidak diberi bantuan untuk memerangi zionis.

Jika pakatan ketenteraan OIC tidak dapat dibentuk, ayuh rakan taulan Palestin, kirimkan pasukan-pasukan kecil tenteramu untuk membantu Hamas di barisan hadapan. Ujilah kebolehan pasukan khasmu untuk beroperasi di seberang laut, dengan menyelinap masuk ke Gaza, dan membantu Hamas.

Ingin Membantu Palestin? Bantulah HAMAS!!!

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahukbar, Walillah ilhamd.

* Saya berperang dengan diri sendiri, membuat keputusan untuk menulis isu Palestin atau tidak, disebabkan saya malu kerana tidak terdaya melakukan apa-apa. Sahabat dan saudaraku di Gaza, teruskan berjuang dan berpeganglah pada janji Allah, kemanisan kemenangan di dunia, atau kemanisan syurga di kehidupan yang abadi. Rebutlah syahid wahai sahabat dan saudaraku.

Apa Dah Jadi? Apa Nak Jadi? Disember 20, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
3 comments

Assalamualaykum w.b.t.

Saya terjerat untuk turut sama menonton majlis pernikahan Mawi-Ekin melalui saluran 106, bukannya tiada keinginan untuk melepaskan diri, namun mengambil pendekatan positif melihat pengalaman orang menjalani akad nikah. Tapi, timbul mula rasa marah tentang beberapa senario yang berlaku, yang dipaparkan sepanjang majlis tersebut.

Mana pergi penghormatan kepada rumah Allah? Adakah pendirian sendiri lebih tinggi darjatnya? Benarkah hidayah Allah tidak lagi sampai (dan adakah kita melakukan amalan untuk turut sama dalam golongan yang menerima hidayah?) Tidakkah boleh diketepikan seketika ego diri yang amat lemah itu untuk menghormati rumah Allah buat seketika?

Saya fikir anda dapat bayangkannya. Tidak perlu disebut siapakah orangnya, masyarakat awam atau artis popular, ada antara mereka sewenang-wenangnya, menghilangkan rasa hormat terhadap rumah Allah yang sepatutnya diletakkan pada penghormatan yang tinggi, mementingkan pendirian bodoh mereka, serta meletakkan keegoan diri sebagai keutamaan, dengan tidak menutup aurat dalam rumah Allah, hatta kawasan halamannya sekalipun.

Dalam senario sebegini, seakan benar dan semakin parah apa yang diperkatakan oleh YB Zulkifli Nordin berkenaan wujudnya orang Islam yang tidak melindungi agama mereka sendiri. Mengapa?

Tidakkan mereka lupa akan azab-azab yang telah diturunkan sebelum ini atas kemungkaran yang dilakukan di bumi Allah ini. Tidak pernahkah mereka membaca, atau dikisahkan mengenai hancurnya kumpulan-kumpulan manusia yang derhaka terhadap tuhannya. Tidakkah mereka meluangkan sedikit masa untuk bermuhasabah, disamping meneliti segala yang berlaku di sekeliling kita. Tidak pernahkah kita terfikir kejatuhan ekonomi itu juga adalah azabNya, dalam bentuk ekonomi moden?

Semoga gerakan-gerakan Islam, from top to bottom, atau bottom to top, tidak akan gentar dan penat untuk terus mendukung gerakan suci ini, moga-moga bumi Malaysia ini akan dilimpahi nikmatnya, serta dijauhi balanya.

IJN diswastakan Disember 18, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
2 comments

Assalamualaykum w.b.t. & Salam Sejahtera

Dasar Penswastaan Negara diperkenalkan Tun Dr. Mahathir ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri, dan diteruskan sehingga kini, walaupun tidak serancak dulu. Dasar ini pada asasnya, jika disenaraikan kebaikannya, mampu membantu pembentukan sebuah negara maju daripada negara membangun, melalui objektif dan matlamat yang ingin dicapai, antaranya pada pandangan saya, melalui peningkatan kualiti dan produktiviti barang atau perkhidmatan, disamping meningkatkan ekonomi negara daripada kutipan cukai dari pihak swasta.

Walau bagaimanapun, terdapatkan juga sebelah gelap dasar ini yang menyebabkan peningkatan kos, ketidakmampuan golongan berpendapatan rendah mendapat perkhidmatan yang bagus, serta keinginan korporat yang tinggi oleh pihak swasta.

Justeru itu, rancangan untuk menswastakan Institut Jantung Negara, sepenuh atau sebahagiannya, mungkin tidak wajar kerana IJN merupakan pusat ulung negara dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit jantung. Mungkin mereka mempunyai alasan yang munasabah, tapi umum tahu penswastaan=peningkatan kos.

Bukannya IJN tidak berkualiti pada masa sekarang, bahkan kualitinya akan terus dapat ditingkatkan biarpun masih lagi sebagai perkhidmatan yang disediakan kerajaan. Peningkatan kos adalah sesuatu yang pasti tidak dapat dielakkan jika penswastaan dilaksanakan, walau dilaksanakan sebagai tanggungjawab sosial.

Oleh itu, saya menyeru agar cadangan penswastaan IJN ini diteliti sebaik mungkin, supaya IJN akan kekal sebagai pusat ulung untuk penyakit jantung negara, serta keperluan rakyat untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik terus diutamakan.

Seperkara lagi, IJN sepatutnya terus dibangunkan, diberi perhatian, serta mendapat bantuan pihak swasta melalui ‘tanggungjawab sosial’ mereka untuk menjadi pusat utama rujukan untuk pesakit jantung, juga pusat utama penyelidikan, pendidikan dan perkembangan untuk penyakit jantung bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, jika tidak punbagi rantau asia tenggara. Saya yakin dengan kebolehan warga tempatan.

Pencari Kerja Disember 3, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Berikut adalah nasihat berguna buat mereka yang tergolong dalAm kumpulan:

  1. Berhajat berhenti kerja untuk mencari kerja baru
  2. Baru ingin memulakan kerja dan menyasarkan pekerjaan impian

Nasihatnya;

Simpan niat anda untuk seketika, atau anda mungkin akan menghadapi beberapa cabaran yang akan menguji mental anda. Mengapa? Kedudukan ekonomi yang kurang stabil ketika ini, walaupun tidaklah begitu teruk, tapi meletakkan banyak syarikat dalam keadaan berjaga-jaga, dan turut membekukan sementara pengambilan pekerja, kecuali keadaan benar-benar kritikal.

Oleh itu, melainkan sahabat yang membawa pengkhabaran tentang peluang pekerjaan itu ialah CEO syarikat, fikirkan hasrat anda terlebih dahulu. Malah, pengurus besar sumber manusia sendiri pun terpaksa merujuk kepada pihak atasan untuk mengambil pekerja baru. Seperkara lagi, inilah mungkin masanya anda akan ditekan dari soal gaji, dan tidak akan berpeluang mendapat gaji yang dipohon, sekurang-kurangnya buat masa sekarang. Lebih malang lagi, tiada peluang untuk kembali ke syarikat asal.

Kepada pendatang baru alam pekerjaan, mungkin sesuai untuk mendapatkan pengalaman dalam pekerjaan bukan impian sekiranya gagal mendapatkan kerja yang dihajatkan, dengan usaha untuk menambah pengalaman.

APAPUN, SELAMAT BERJAYA.

Selamat Kembali November 29, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Alhamdulillah, selamat tiba dari Seoul menjelang tengah malam tadi. Perjalanan yang agak meletihkan dari Ulsan ke Seoul, seterusnya ke Kuala Lumpur. Nantikan karangan-karangan dari saya sepanjang berada di darat, Insyallah…

Saya bercadang untuk banyak menulis bagi memberi pandangan dan cadangan, bukan hanya mengulas semata-mata.

Crew Welfare A Cause Of Concern In Maritime Sector Oktober 4, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Today, employers do not have adequately-trained professionals to run their ships. This is suprising considering the fact that 95 per cent of the world’s goods move on ships, which creates tremendous scope for employment. Yet, the generation of today is not attracted to it.

Therefore, the question that baffles everybody is – why and how did the maritime profession lose its charm? What happened to the romance, the glamour, and the spirit of adventure that attractde peoples, in earlier times, from all backgrounds, to choose this profession as one of the most attractive professions in the world? If one does a little bit of introspection, one may perhaps find the answer to this puzzle in the inability of the maritime industry to keep pace with the changes in the employment, growth and development in other sectors.

Welfare measures in the seafring industry should occupy top most consideration with employers. Workers in this industry in general, and seafarers in particular, spend a major part of their lives on board vessels, in foreign waters and in far off, remotely located ports. The vagaries of nature have a debilitating effect on their physical, mental and psychological conditions. Sadly, welfare does not occupy a very important place in the employment policies of shipping companies. Also, policy makers at the national level have not given adequate attention to this area.

The International Labour Organisation (ILO) has adopted the Maritime Labour Convention 2006 (MLC 2006) in which the most important principle being reinforced is rights of workers. The International Maritime Organisation (IMO) is alerting employers to recognise the human element as a vital ingredient, while formulating policies by placing due emphasis on the needs and requirements of the man who runs the machine. This thrust on the human element is considered vital, as the industry in its quest to achieve higher growth and afficiency has overlooked the probleems faced by its manpower relating to stress, fatique, disenchantment, disillusionment and alienation. This has had serious rafimications. It has caused a steep rise in accidents.

Investigations have revealed that the majority of accidents occur due to “human error”. Welfare measures on board ships and in ports relating to health, pay packages, access to communication facilities to contact families, poor working and living conditions and growing criminalisation, are inadequate at best. Seafaring has lost its charm, no doubt.

Post September 11 2001, the heightened security concerns globally, may be rightly so, caused great pyschological damage to the seafarers, as overnight this episode turned the image of a seafarer from a global ambassador to a potential terrorist. For the man who had an aura of glamour and romance surrounding him, in earlier times, today is consigned to solitary confinement on aship with no shore leave, and is seen as a criminal and a potential terrorist. It is not suprising that today seafaring is no longer an attractive profession; it is not an obvious choice for a youngster to face the challenges of nature and to go around the globe in search of maritime adventure.

In my opinion, policy makers do not pay much attention to the potential of women as seafarers and, that is the reason why, women constitute only between one and two per cent of the world’s 1.23 million seafarers. The bulk of women seafarers are concentrated in the cruise industry, mostly as ratings.

It is discouraging that the ones who have joined the shipping sector frequently face gender discrimination and sexual harassment. They are unwanted by their employers, as they are preceived to be the cause of most trouble on board vessels. Further, as employers need to provide seperate facilities for them, and grant them leave and benefits during prenancy and for other family commitments, which adds to the cost, they are not very enthusiastic about employing women.

Therefore, on the one hand we have and acute shortage of qualified seafarers to run the ships, with men no longer seeking to join this vocation; and on the other hand we have women, who have the potential to join this sector, but the industry has not taken the right initiative to integrate them into the fold.

It is now time for the professional women, who are already at he helm of the affairs in this country, to address the concerns of shortage of manpower by drawing up appropriate policies in order to realise the potential of women in our country. With the increase in sophisticated technology, shipping is no longer associated with brawn and muscles. If women can occupy key positions in all other industries, there is no reason why shipping should be considered a no women’s land. No longer is the work on board ships arduous in nature, and, therefore, today women can very easily adapt to this profession and fare well. Therefore, there is a need to change the attitude of this sector towards women.

The United Nations and its associated bodies have already taken many initiatives in training and educating women in the maritime field. Today, these professional women can develop public policies to address the serious concerns of manpower shortage thatnthe industry is facing. What is necessary is for women to lead from the front, develop an ability to think outside the box, and devise new ways to address the challenges.

By Captain Rakish Suppiah, research Fellow of Maritime Institue Of Malaysia (MIMA)

Ahoy Sailor! Jun 6, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
5 comments

Kemaskini

Alhamdulillah, yang ditunggu-tunggu, yang dinanti-nanti telah muncul.

En. Anhdeer dari AET Kuala Lumpur menelefon saya dan panggilan itulah yang saya tunggu selama ini. Hasilnya;

Dan malam semalam, setelah sms peringatan dihantar, saya menerima pula sms notis untuk daftar masuk di Hotel Legend Kuala Lumpur pada Ahad ini, dan juga melapor diri di pejabat AET pada pagi Isnin. Insyallah.

Kapal: MT BUNGA KELANA 3, Aframax Crude Carrier, 1997

Pelabuhan: Port Dickson *

Tarikh: 9 / 10 Jun 2008

Pelaut Malaysia, Lautan Dunia!

Warisan Orang laut Kesultanan Melayu Melaka.

Tak kira kamu Juru Malim atau Jurutera, bekerja di atas kapal hanya memerlukan mereka yang terbaik kerana setiap dari kamu akan sentiasa menghadapi pelbagai mara bahaya, cabaran dan dugaan. Juru Malim dengan keperluan navigasi sempurna untuk pelayaran yang selamat, manakala jurutera dengan cabaran memastikan propulsi kapal pada keadaan terbaik juga untuk keselamatan pelayaran. Kedua-duanya menggadai nyawa! AMALKAN BUDAYA KERJA SELAMAT!

Kitar Semula Jun 2, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
2 comments

Tengahari tadi, saya terlepas lori yang membeli akhbar lama. Maka, saya pun melayarai laman web kitar semula, jika tidak silap saya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Malangnya, tiada rekod ditemui bila mencari tempat kitar semula di Mersing. APA SUDAH JADI?

Terpencil sangat ke Mersing, atau kerajaan tempatan tiada peruntukan? atau semua orang Mersing memproses sampah mereka sendiri di belakang rumah, atau YB terlalu sibuk?

Khidmat Negara Mei 28, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Saya akan menulis dan menghuraikan pelbagai perkara termasuk objektif,  perlaksanaan dan cadangan saya.

————————————————————————————

OBJEKTIF

Meningkatkan semangat Patriotisme di kalangan generasi muda.

Pandangan saya, khidmat negara selama 3 bulan tidak akan mampu untuk meningkatkan semangat itu, yang boleh hanyalah membakar semangat itu buat seketika.

:: Tahap 3, Naik ke Tahap 3.5 ::

Memupuk Perpaduan kaum serta integrasi nasional.

Setelah gagal selama sebelas tahun untuk memupuk perpaduan dalam satu sistem persekolahan yang pincang dari segi kebolehupayaan memupuk perpaduan, maka Khidmat Negara disandarkan untuk membuat pembetulan. Dalam masa tiga bulan, Khidmat Negara berniat untuk membentuk semula buluh yang gagal dibentuk dengan baik ketika masih lagi rebung.

:: Tahap 2 ::

Membentuk Perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni

Niat yang amat baik, tapi perlukah kita berbelanja tinggi untuk membentuk perwatakan seseorang dalam masa 3 bulan. Adakah proses persekolahan selama 11 tahun gagal membentuk perwatakan pelajar-pelajar, sehingga mereka masih lagi mencari identiti diri?

:: Tahap 3 ::

Menyemarakkan semangat Kesukarelaan

:: Tahap 3.5 ::

Cergas, cerdas & yakin diri

 

Mersing Laguna Reclamation Mei 15, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
3 comments

Esok, saya akan berkunjung ke Pejabat Daerah Mersing atau ke IPPD Mersing untuk melihat dan meneliti cadangan projek dan kesan alam sekitar terhadap Kuala Sungai Mersing ini. Mana mungkin saya mampu untuk mendapatkan booklet DEIA yang harganya RM 700.

Namun, saya telah membaca sedikit dari Ringkasan Eksekutif yang boleh didapati daripada laman web jabatan alam sekitar. Saya sedikit tidak setuju dengan kenyataan pada 6.3.3 yang mana mendakwa 91% responden mempunyai persepsi positif mengenai projek ini dari pelbagai sudut. Saya yakin, terlalu ramai penduduk Mersing yang tidak tahu kewujudan projek ini. Cara apakah kajian ke atas responden dijalankan?

Saya tidak mahu memberi sebarang komen panjang memandangkan saya belum lagi meneliti sepenuhnya projek ini. Kita lihat dulu bagus atau tidak, perlu atau tidak projek ini kepada daerah Mersing.

Kepada penduduk Mersing dan mereka yang prihatin kepada alam sekitar, sama-samalah kita meneliti projek ini untuk kepentingan bersama, bukannya mencapai kepentingan sosio-ekonomi, dalam masa yang sama, memusnahkan alam sekitar!

Kemaskini! 15 May 2008

Ini merupakan pengalaman pertama saya meneliti laopran terperinci penilaian kesan alam sekitar (DEIA Report). Akhirnya saya mengambil keputusan hanya untuk menyudahkan membaca Ringkasan Eksekutif yang boleh didapati dalam laman web JAS.

Buat masa ini, saya memang tidak dapat memberi sebarang ulasan berkaitan alam sekitar, dan saya mengharapkan bijak pandai yang mungkin akan meluluskan projek ini membuat pertimbangan sewajarnya.

Walau bagaimanapun, saya yakin projek ini akan memberi kesan yang mendalam kepada aspek sosio-ekonomi Mersing. Bayangkan Mersing mempunyai kawasan pelancongan dan penempatan menarik, padang golf 27 lubang, malah mempunyai litar lumba ala-ala GP Monaco di atas sebuah pulau buatan, melalui celah-celah padang golf dan rumah-rumah kediaman, serta pusat-pusat komersial, hotel dan chalet.

Untuk membaca ambilan-ambilan daripada ringkasan eksekutif tersebut, sila klik di sini.

Lokasi Mei 7, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Semasa            : Port Dickson, Malaysia

Seterusnya       : Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam, Korea Selatan.

Drama? Januari 20, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Saya suka mengikuti siri-siri iklan oleh syarikat petroleum negara membabitkan semangat perpaduan di kalangan anak muda negara ini, yang berlatarkan sekolah kebangsaan pelbagai kaum. Namun saya terfikir, benarkah suasana ini benar-benar wujud?

Kempen Agresif? Januari 20, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Bukan mengenai pilihanraya, tapi ada sangkut pautnya dengan politik. Terus kepada pokok utama persoalan tanpa sembunyi lagi, mengenai keghairahan RTM untuk mempromosikan saluran televisyen dan radionya melalui akhbar arus perdana di Malaysia, SETIAP HARI! Kadangkala sehingga dua muka penuh (sehelai depan-belakang) berwarna saiz tabloid.

Kita sudah tahu bahawa kadar penonton yang menonton sesuatu rancangan, mahupun memberi perhatian kepada mana-mana stesen televisyen atau radio adalah berasaskan rancangan yang disajikan, yakni mutu dan kualitinya. Selain itu, promosi yang bagus juga dapat menarik perhatian penonton.

Namun demikian, RTM nampaknya bergelut untuk menarik perhatian penonton, dan terpaksa mengguna media cetak secara agresif bagi mencapai impian tersebut, mengenepikan resmi semasa di mana media elektronik sebagai alat utama promosi. Mengapa? Mahu atau tidak, RTM perlu menarik sebanyak mungkin penonton bagi menjalankan tugas sebagai media rasmi kerajaan, mungkin untuk menghebahkan aktiviti kerajaan disamping menyalurkan pelbagai maklumat, juga dari kerajaan.

Persoalannya, kempen promosi secara agresif itu pastinya menelan belanja yang bukan sedikit, malah mungkin menjadi antara perbelanjaan utama dalam belanjawan kementerian terbabit. Jika benar, DUIT SIAPA yang digunakan? Tajaan, mungkin bukan, hasil pengiklanan dalam saluran RTM, mungkin sedikit, atau wang pembayar cukai?

Mungkin ramai yang tidak perasan perkara ini, tapi kita mesti sama-sama mencari jawapan untuk menjernihkan keadaan. Integriti mesti diutamakan. Cadangan saya, tingkatkan kualiti slot-slot berita dalam RTM, untuk mencabar hegemoni Buletin Utama & Edisi 7. Juga, mungkin satu lagi kempen ;0( perlu dilaksanakan, kerana mereka telah berjaya melahirkan rakyat yang poentingkan hiburan!!

Sindrom umat Islam di Malaysia Januari 18, 2008

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Alhamdulillah, saya diizinkan untuk menyempurnakan tuntutan solat jumaat pada penghulu segala hari ini. Kesempatan yang akan terus saya rebut, memandangkan pekerjaan di atas kapal menghalang saya menunaikannya selalu. Berkeadaan musafir, bahkan kapal sepanjang lebih 240 meter dengan deadweight lebih 110 000 tan itu hanya mempunyai 30 orang peghuni.

Namun demikian, sejak beberapa kali menunaikan jumaat di masjid berdekatan kediaman saya, saya menyedari satu sindrom yang melanda umat Islam kita sekarang ini. Bukan gejala tidur ketika khutbah, tapi satu perkara yang lebih serius daripada itu.

Pemandangan jemaah tidur, daripada kanak-kanak sehingga golongan tua bukanlah perkara luar biasa. Biasa untuk kita melihat jemaah pelajar dengan baju Melayu lengkap tertidur ketika khutbah, mungkin kerana kepenatan setelah beberapa jam di kelas pada paginya. Jika dibandingkan dengan negeri Perak, Johor dan Terengganu, sekadar menyebut beberapa contoh kerana saya pernah menetap di negeri-negeri ini, kadar bilangan jemaah yang tidur di Terengganu lebih rendah. Malah, jemaahnya datang awal, mengikuti program kuliah sebelum masuk waktu solat, dan kemudiannya beriktikaf selepas solat jumaat, menghayati keagungan penghulu segala hari ini. Jawapannya tak perlu saya berikan, kerana anda boleh menekanya.

Perkara pokok yang ingin saya bincangkan adalah sikap para jemaah yang sedar. Lazimnya, selain di Terengganu, tabung derma akan diedarkan ketika khutbah disampaikan (Di Terengganu, tabung derma diedarkan ketika wirid selepas solat, dengan harapan tidak mengganggu konsentrasi terhadap khutbah, dan juga supaya semua jemaah tunggu untuk berwirid dan berdoa bersama-sama). Malangnya, apabila tabung itu sampai kepada jemaah yang tidur, jemaah yang sedar itu bukannya ingin mengejutkan jemaah terbabit, sebaliknya menghulurkan tabung itu dengan cara lain seolah-olah supaya tidak mengganggu jemaah yang sedang nyenyak itu.

Itulah sindromnya. Memang benar bersuara ketika khutbah akan menghilangkan pahala jumaat, sebaliknya kita boleh membantu mengejutkan jemaah yang nyenyak itu dengan gerakan sahaja, tanpa suara dan tanpa menhilangkan tumpuan terhadap khutbah. Ingat, khutbah adalah rukun bagi solat jumaat, jika bercakap ketika khutbah, luputlah pahala jumaat, bagaimana jika tidur ketika khutbah dan tidak mendapat pengajarannya?

Teringat saya ketika di zaman persekolahn menengah dulu. Pengawas memberi arahan untuk mencatitkan kandungan khutbah, agar dapat dijadikan perbincangan pada sesi tazkirah ketika solat Maghrib. Selain itu, kami akan disoal tentang isi kandunagn khutbah, ayat Al-Quran yang disampaikan dan bermacam lagi selepas solat Jumaat. Jika gagal menjawab, maksudnya tidur atau tidak menghayati khutbah, dan tunggulah hukumannya. Satu proses pendidikan yang baik.

Seperkara lagi, teringat rakan-rakan yang memicit bahu rakan yang lain kerana sahabatnya mengantuk dan hampir terlena ketika khutbah. Masya’Allah! Itulah sahabat sejati.

Menanti Satu Kejatuhan Disember 25, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
1 comment so far

Dengan izin Allah S.W.T., tingkatkan usaha dan terus berdoa. Moga kemenangan akan dikirimkanNya…..

Jika Saya-Isu Pekerja Asing (Tanpa Permit) November 11, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
1 comment so far

Jika saya Ketua Polis Negara/Ketua Pengarah Imigresen, saya akan;

Menubuhkan sebuah pasukan khas yang terdiri daripada pegawai dan anggota terbaik lagi amanah, untuk menjalankan operasi khas seperti berikut.

  1. Mengumpul maklumat mengenai kewujudan PATI, beserta tekongnya.
  2. Menguruskan talian hotline bagi mengumpul maklumat pada 1. daripada orang awam.
  3. Membuat serbuan dan menangkap PATI di serata tempat di seluruh negara tanpa penglibatan polis/imigresen tempatan, kemudiannya menyerahkan PATI yang ditahan untuk diuruskan oleh polis/imigresen tempatan.
  4. Melapor terus kepada Ketua Polis Negara/Ketua Pengarah Imigresen untuk sebarang perkara.

Bagi setiap operasi yang membuahkan hasil, bermaksud sahnya kewujudan PATI di sesuatu kawasan tanpa sebarang tindakan yang diambil oleh polis/imigresen tempatan, Ketua Polis Daerah/Pegawai Imigresen Daerah tersebut diminta menghantar laporan dan surat tunjuk sebab kepada saya mengapa mereka gagal mengesan kehadiran PATI tersebut dalam kawasan tanggungjawab mereka, seterusnya gagal mengadakan operasi bagi memberkas PATI terbabit.

Mereka (Ketua Polis Daerah/Pegawai Imigresen Daerah) seterusnya akan dikenakan tindakan tatatertib.

Saya pasti, cara ini akan meningkatkan produktiviti pegawai dan anggota PDRM/Jabatan Imigresen untuk bertindak lebih proaktif dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman dalam negeri. Mereka tidak akan duduk senang, sebaliknya memerah keringat sepertimana yang telah diamanahkan dan telah diikrarkan dalam sumpah perkhidmatan mereka.

:: KE ARAH MEMANTAPKAN BUDAYA PENGUATKUASAAN NEGARA ::

Hujung Minggu yang BISING!!! November 10, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Sepanjang minggu ini, berlaku kerja-kerja penggantian paip air di beberapa tempat di kampung saya. Syabas, penggantian paip-paip lama itu akan meningkatkan tekanan air kepada penduduk, menjamin kebersihan air disamping plan maintenance yang baik bagi mengelakkan kerosakan paip akibat fatigue.

Walau bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan kerja-kerja yang tetap dijalankan pada hujung minggu. Seunit janakuasa untuk membekalkan tenaga kepada unit pengimpal amat membingitkan telinga ditempatkan betul-betul di hadapan rumah saya. Di tambah pula dengan bunyi jentolak yang tidak putus-putus.

Saya yakin akan terdapatnya undang-undang berkaitan yang melarang kerja-kerja sedemikian dijalankan di kawasan penempatan pada hari-hari cuti hujung minggu dan umum. Oleh itu, jika terdapatnya peraturan sedemikian, sejauh mana pengimplementasiannya?

Saya telah meminta jasa baik pekerja terbabit untuk menjauhkan bunyi bising itu untuk hari Ahad, dan Alhamdulillah beliau dapat memberi kerjasama yang amat baik. Aduan kepada Biro Pengaduan Awam telah saya ajukan, memandangkan saya tidak tahu saluran aduan kepada Syarikat Air Johor. Saya mengharapkan penjelasan mengenai undang-undang berkenaan kerja-kerja terbabit.

Revisi Perisikan, SOP, dan Logistik PDRM – Sekadar Ringkasan Oktober 31, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Kejadian tembak-menembak antara polis dan pengedar dadah yang membawa kepada kematian dua anggota dan mencederakan dua pegawai menjadi revisi baru dalam pasukan polis dan masyarakat. Masyarakat semakin sedar bahawa tugas sang saka biru itu semakin berbahaya dan menggalangkan nyawa mereka, dan bagi pasukan polis pula membawa satu revisi terhadap kemampuan logistik, perisikan dan operasi mereka.

Revisi terhadap perihal operasi dan kemampuan perisikan PDRM harus direncanakan, kerana umum pasti dapat membuat kesimpulan mengenai kegagalan serbuan pihak polis yang membawa kepada kematian anggotanya adalah disebabkan kelemahan risikan. Tidak perlu bekas pengarah perisikan PDRM membuat ulasan, ahli mesyuarat kedai kopi pun sudah dapat mengagak bahawa polis membuat serbuan mungkin atas laporan penagihan dadah ataupun pengedaran kecil-kecilan, sebaliknya mereka terus disambut oleh dalang besarnya. Tidak kurang jua yang membuat andaian penjenayah sengaja memerangkap polis.

Peristiwa ini jelas menunjukkan cabaran yang lebih hebat kepada pasukan polis. Penjenayah semakin berani, berbahaya dan sudah sampai peringkat mencabar pihak polis. Mereka juga semakin berani menggunakan senjata api, seolah-olah tidak takut terhadap penalty mandatory kesalahan penggunaan senjata api. Oleh itu, revisi terhadap prosedur operasi polis, serta peningkatan kekuatan dan daya efektif perisikan PDRM harus dipertingkatkan seboleh mungkin, kerana perisikan merupakan kaedah terbaik pencegahan jenayah, manakala keberkesanan operasi sedikit-sebanyak melemahkan moral penjenayah.

Selain menimbulkan kegusaran mengenai kemampuan polis menghidu gerak geri jenayah mereka, penjenayah akan menjadi lebih tidak terurus jika perisikan pihak polis mampu untuk membuatkan penjenayah merasakan wujud orang polis dalam kumpulan mereka. Mungkin Nampak mudah seperti drama televisyen, tapi saya yakin dengan kemampuan PDRM.

Hubungan professional lebih erat perlu diwujudkan dengan agensi penguatkuasa lain, selain mengharapkan sokongan masyarakat. Penglibatan personel-personel perisikan tentera sepatutnya digembleng ke arah usaha ini. Tidak sekali-kali membelakangkan perlembagaan dengan penglibatan tentera, sebaliknya mereka adalah asset penting yang berkemampuan menyumbang kepada keselamatan dalam negeri.

Berbalik kepada soal logistik, Perdana Menteri terus mengumumkan peruntukan segera RM 150 juta untuk menambahbaik kelengkapan pasukan polis, manakala Ketua Polis Negara lantas  membuat kenyataan mengenai hasrat perolehan segera 2000 ves kalis peluru untuk anggota mereka, terutamanya unit peronda, jabatan narkotik, dan jabatan siasatan jenayah. Namun jika dilihat kepada rekod sebelum ini, pembangunan kelengkapan pasukan polis bukanlah tidak dilakukan, tapi saya membuat kesimpulan awal sebagai gagal dan salah urus.

Lihat sajalah kepada projek membekalkan anggota terutamanya unit peronda dengan T-Baton beserta latihannya, telah dicanangkan kepada media tetapi berapa kerat sahaja anggota yang dilihat memakainya. Penjenayah mungkin telah membuat analisis tentang kemampuan peralatan pihak polis, dan mereka telah bersedia dengan kelengkapan lebih baik umpama pasukan khas. Jangan sampai suatu masa nanti, Malaysia akan menjadi seperti drama-drama polis-penjahat zaman 80-an yang mana penjenayah mempunyai kelengkapan lebih canggih berbanding pasukan polis.

Kegagalan perolehan T-Baton itu mungkin ada masalah lain bagi pihak polis, tetapi jelas menunjukkan fenomena sudah terhantuk, baru terngadah. Akibat kematian anggota, dengan segera membuat perolehan pukal ves kalis peluru, mungkin suatu masa nanti apabila revolver polis tidak dapat menyaingi kemampuan kuasa tembak penjenayah, akan ada pula perolehan kecemasan untuk pistol automatic canggih pula.

Perolehan kelengkapan pasukan polis sepatutnya sentiasa berterusan, dengan sokongan kajian saintifik dan pembangunan penyelidikan, sepertimana STRIDE mengkaji keperluan dan pembangunan kelengkapan tentera. Perolehan berterusan pada skala berpatutan akan menjamin mutu dan mengawal harga.

Saya mencadangkan, sebagai langkah segera untuk menjaga keselamatan anggota polis, PDRM mungkin boleh meminjam asset kalis  peluru dalam inventori pasukan khas ATM, kerana saya percaya kesesuaian pada keperluan dan kehendak segera PDRM.

Walaubagaimanapun, syabas kepada PDRM dalam tugas menjaga ketenteraman dalam negeri. Sememangnya tiada siapa yang dapat berpuas hati dengan penguatkuasa undang-undang, dan tiada penguatkuasa yang dapat berkhidmat dengan sempurna. Bersihkanlah imej sang saka biru daripada sampah rasuah, bukannya berbalah tentang legasi siapa penyakit itu.  

Ramadhan. September 12, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bersama-sama kita muhasabah diri menuju ke jalan ALLAH.

Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadat kita mendapat keberkatanNya.

Revisi untuk Khidmat Negara September 5, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Al-fatihah buat Allahyarham Mohd Rafi Ameer, pelatih PLKN di Kem Latihan Cheneh Cemerlang yang meninggal dunia beberapa hari lalu. Sebab kematian belum lagi dumumkan, tetapi saya mengharapkan adanya siasatan yang lengkap dan telus untuk mencari puncanya.

Mengikut fakta yang saya ambil dari laman web Sdr. Nik Nazmi, kes ini adalah kes kematian yang ke-13 sejak PLKN dimulakan pada 2004. Saya adalah antara calon-calon yang layak untuk mengikuti latihan ini apabila ia julung-julung kali diperkenalkan, namun sama ada bertuah atau malang bagi saya, saya tidak terpilih untuk menjalaninya. Walau bagaimanapun, saya mengikuti program ini secara langsung ketika bertugas di bahagian sajian sebuah kem latihan khidmat negara di selatan semenanjung.

Akan bersambung…

Setinggan vs Babi September 4, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Saya menonton buletin 1.30 TV3 yang berita utamanya memaparkan operasi penghapusan ternakan babi berlebihan di beberapa temapat dalam negeri Melaka. Kakitangan beberapa agensi kerajaan dihalang untuk meneruskan operasi tersebut, malahan diancam dengan molotov cocktail (bom petrol). Jalan masuk dihalang dan disekat. Jentolak diletakkan di pintu masuk ladang ternakan.

Jika setinggan ingin dirobohkan, tiada apa yang dapat menghalang. Penguatkuasa kerajaan tempatan, pasukan gerakan am (PGA) PDRM malah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut menyertai operasi. Rumah yang menjadi kediaman manusia bertamadun akan sekelip mata menyembah bumi.

Apa lagi! ini hanya babi, binatang kotor yang tak berakal, pemakan najis di atas bahtera Nabi Nuh. Mungkin penternaknya turut sama tidak berakal. Mahukah tragedi wabak JE berulang kembali sehingga tentera dikerah menembak babi-babi itu? Patutnya ditembak sekali penternaknya.

Tiada siapa dihalang untuk menikmati ‘kelazatan’ daging babi itu, tapi ikutlah panduan dan peraturan. Bukan dihalang terus untuk menternaknya, tapi cukuplah sekadar memenuhi keperluan dalam negara. tidak perlulah dieksport ke Singapura. Mereka tahu menternak babi amat mengotorkan, maka dijadikan Melaka kandang bekalannya.

Jangan hiraukan sebarang halangan, berikanlah pengajaran terhadap penternak babi itu! Jangan lebih kasihankan babi dan penternaknya lebih daripada anda ‘kasihkan’ penduduk setinggan.

Merdeka 50 Ogos 30, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-50

Negaraku Gemilang 

31 Ogos 1957-31 Ogos 2007

Pengangkutan Awam Yang Lebih Selamat Ogos 28, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Cadangan Saya,

  1. Sesebuah syarikat perkapalan perlu melantik seoarang eksekutif sebagai designated person ashore (DPA) yang dipertanggungjawabkan dan akan dihubungi apabila sesebuah kapal mengalami kemalangan, masalah mahupun diserang lanun. Jadi, bagi setiap bas mahupun kumpulan bas, seorang eksekutif perlu bertanggungjawab di atas semula urusan bas berkenaan terutamanya membabitkan keselamatan. Antaranya, ditahan sekiranya bas tersebut diberikan waran tangkap, memantau disiplin pemandu dan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan sesebuah bas. Nama dan nombor telefon pegawai ini perlulah dipamerkan di dalam bas.
  2. Mempamerkan nama dan foto pemandu bas yang sedang bertugas.
  3. Melengkapkan setiap bas dengan meter kelajuan yang turut dapat dilihat oleh penumpang.
  4. Sistem penggera yang diaktif secara automatik apabila sesebuah bas dipandu melebihi had laju yang dibenarkan. Penggera itu mestilah boleh didengari penumpang.
  5. Mendidik penumpang supaya berani menegur pemandu yang memandu secara berbahaya dan melebihi had laju.
  6. Penumpang secara terus menghubungi polis sekiranya bas dipandu laju dan berbahaya.
  7. Membaca doa sebelum perjalanan dimulakan.

Merujuk kepada beberapa siri kemalangan ngeri melibatkan bas akhir-akhir ini, saya mencadangkan agar penumpang yang terlibat, selain menyaman pihak pengusaha bas, hendaklah turut sama menyaman pihak berkuasa seperti polis trafik, JPJ dan LPKP kerana kegagalan pihak-pihak ini menjalankan tugas penguatkuasa dengan baik sehingga ‘membenarkan’ kejadian ini berlaku.

Pamerkan semangat kelas 1 Ogos 12, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Hujung minggu lalu, saya berkesempatan mengikuti kejohanan futsal varsiti anjuran akhbar kotemporari KOSMO bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Nasib tidak menyebelahi kami, saya dan rakan-rakan tewas pada hari pertama. Namun, atas semangat kesukanan yang tinggi, kami masih lagi turut serta pada hari kedua untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan lain.

Walau bagaimanapun, satu peristiwa yang mencacatkan kejohanan telah berlaku akibat mentaliti kelas ketiga sebahagian kecil penyokong dan pemain, yang pada hemat saya mungkin penduduk tempatan. Kami mulanya berjalan-jalan meninjau permainan yang lesu, lalu kami turut serta di khemah penyokong untuk sama-sama bersorak kepada pasukan yang menjadi pilihan kami. Ketika itu, berlangsung satu perlawanan antara wakil sebuah universiti di Selangor dan satu lagi adalah pasukan pemain tempatan.

Malangnya, niat kami untuk menghidupkan suasana terbantut apabila kami ditegur dengan keras, diugut untuk dipukul dengan kerusi oleh penyokong pasukan tempatan, semata-mata kerana kami menyokong satu pasukan yang datang dari luar kawasan, walaupun mereka mempamerkan permainan yang lebih bagus. Selepas itu, berlaku sedikit perselisihan faham antara pemain dalam gelanggang, dan tanpa mempamerkan semangat di tempat yang betul, penyokong pasukan tempatan itu terus meluru ke dalam gelanggang lalu mengwujudkan suasana tegang.

Alhamdulillah, pegawai-pegawai pertandingan dan penganjur dapat mengawal suasana. Namun, apabila tamat permainan, pergaduhan kecil berlaku lagi membabitkan individu yang sama, dan sekali lagi disuraikan. Jadi, kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja tanpa menunggu sehingga penghujung kejohanan.

Pada pendapat saya, semangat penyokong ditunjukkan di tempat yang salah, dan mempamerkan mentaliti kelas ketiga, yang tidak sepatutnya wujud lagi. Bersama-sama mewujudkan perpaduan melalui sukan!

Pengorbanan Semasa Aman Ogos 9, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Pertamanya saya menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mendiang K Yogeswaran, perajurit TUDM yang meninggal dunia semasa mengikuti Kursus Asas Pasukan Khas Udara (PASKAU).

Inilah risiko yang terus-menerus dihadapi oleh perajurit negara semasa menjalani latihan. Latihan berprestasi tinggi sentiasa mendedahkan mereka dengan risiko kecederaan dan kematian. Saya percaya ini bukanlah kes pertama yang berlaku, dan ramai lagi anggota tentera kita yang maut atau pun cedera dan mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan semasa latihan, namun tidak dapat dikesan media.

Bagi pihak tentera dan anggotanya, saya pasti pelbagai langkah sewajarnya telah dilaksanakan, namun kejadian yang tidak diingini ini terus berlaku. Mungkin dalam istilah keselamatan pekerjaan, ini boleh dipanggil sebagai occupational hazard.

Merekalah rakyat yang telah memilih untuk berkhidmat bagi rakyat. Tanggungjawab semasa mereka ketika ini ialah berlatih untuk berperang, dan ada di antara mereka terkorban ketika latihan. Inilah sumpah taat setia mereka yang tidak berbelah bagi.

Akademi Laut Malaysia : Pandangan Saya Ogos 7, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
5 comments

Menjejakkan kaki ke Akademi laut Malaysia (ALAM) pada Julai 2004 merupakan antara titik-titik penting yang mencatatkan pelbagai peristiwa dalam perjalanan hidup saya. Suka dan duka. Maka karangan ini akan membincangkan buah pandangan saya – baik dan buruk, sebuah institusi yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara, dan dikenali seluruh pelusuk rakyatnya.

Sebelum melangkah lebih dalam lagi, soal perbincangan saya lebih tertumpu kepada kampus ALAM di Terengganu khasnya, kemudian baru menjenguk ke kampus utama di Melaka jika ada kaitannya.

Atas sebab-sebab keselamatan berkaitan etika dan undang-undang dalam penulisan dan penerbitan blog, saya telah dinasihatkan untuk menarik balik semua kenyataan yang telah dibuat dalam blog ini.

Oleh yang demikian, mana-mana individu yang berhajat mendapatkan pandangan saya sebelum membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke institusi tersebut, sila hubungi saya secara peribadi melalui alamat emel di ruangan about.

Sila nyatakan soalan-soalan anda secara terperinci. Mohon maaf atas segala kesulitan. Terima kasih.

 

Akan bersambung…. Sambungan di sini

Perpaduan Nasional Melalui Keseragaman Pendidikan Kebangsaan Julai 5, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
1 comment so far

Ogos ini, kita akan meraikan jubli emas kemerdekaan negara. Tempoh setengah abad yang dilalui dengan perkongsian pelbagai kisah suka duka dalam melayari kehidupan dalam sebuah negara yang berdaulat. Namun demikian, satu isu penting mungkin telah terlepas pandang, ataupun sengaja dilupakan kerana keperluan seseorang pemimpin dan organisasinya bagi menjaga sensitiviti pelbagai pihak. 

Pastinya isu ini akan menjadi sensitif dan bakal menimbulkan perdebatan umum serta dijadikan modal politik, tapi perkara ini walaubagaimana sekalipun harus diketengahkan jua jika ingin mencari formula ke arah kemantapan perpaduan nasional. 

Sejak merdeka, dan apabila isu perkauman kadang-kadang menjadi masalah utama negara, setiap agenda nasional yang dianjurkan kerajaan pastinya meletakkan perpaduan dan integrasi nasional sebagai satu agenda utama. Setiap peluang digunakan dalam pelbagai bidang, pendidikan, sukan, kebudayaan dan sejak 2004, program latihan khidmat negara dijadikan sandaran kerajaan untuk menyemarakkan perpaduan nasional.  

Bukanlah ingin mengenepikan samada keberkesanan, pencapaian mahupun untuk menuding jari kepada mana-mana pihak terhadap kegagalan mencapai objektif perpaduan dalam program-program yang dijalankan, tetapi semuanya secara realiti adalah kegagalan semata-mata ataupun pencapainnya terlalu sedikit. Memang benar sikit-sikit lama-lama jadi bukit, tetapi tempoh 50 tahun sudah terlalu lama. Kita sepatutnya sudah sampai, atau setidak-tidaknya menghampiri puncak perpaduan. 

Tidak dinafikan program-program sukan, kebudayaan dan pelbagai lagi sedikit sebanyak mampu menyatukan pelbagai kaum yang menyertainya. Namun demikian, sesuatu program yang hanya berjalan pada tempoh masa tertentu tidaklah memberi kesan yang betul-betul kita inginkan. Malah, jika terdapat kepincangan ataupun masalah antara kaum yang mungkin berlaku dalam sesuatu program, kesannya pastinya lebih buruk lagi. 

Oleh yang demikian, kita tidak perlulah untuk menjerit-jerit dan berbalah sesama sendiri untuk menyuarakan pendapat dan sebagainya dalam kehangatan isu pertikaian tentang bangsa Malaysia, sedangkan kita seringkali terlupa bahawa kita sendiri kerapkali bersuara lantang memperjuangkan isu kaum-kaum tertentu. (Kata ganti diri ‘kita’ mewakili golongan yang mewakili sesuatu kaum dalam memperjuangkan pelbagai isu). 

Mungkin tulisan ini nampak menyebelahi kaum Melayu, tetapi sebagai kaum asal negara ini yang pernah dikenali sebagai Tanah Melayu sebelum dijajah dan kedatangan kaum-kaum lain dalam skala besar, maka keutamaan kepada kaum Melayu tidak patut dipertikaian berdasarkan semangat toleransi dalam perlembagaan. Malah, tulisan ini hanyalah untuk mencari satu formula ke arah kemantapan perpaduan nasional, sesuatu yang telah dipersetujui dan diterima orang Melayu apabila menyetujui prinsip Jus Soli dalam pembentukan perlembagaan negara lama dahulu, dan seharusnya sama-sama diterima oleh lain-lain kaum lain di Malaysia. 

Menjengah kepada pokok persoalan, sistem pendidikan negara, yang mana sistem yang ingin dibincangkan ini tertumpu kepada sistem persekolahan iaitu sekolah rendah dan menengah. Sejak tahun-tahun selepas kemerdekaan dicapai, mahupun setelah pembentukan gagasan Malaysia, pemisahan Singapura dan juga pasca peristiwa Mei 1969, setiap kaum pastinya terus memberi tumpuan kepada persekolahan dan pendidikan generasi muda mereka kerana kepentingan ilmu yang bakal memastikan ketahanan ataupun survival kaum mereka akan terus kekal di bumi Malaysia ini.  

Hasilnya, sistem persekolahan di Malaysia seawal sekolah rendah telah terbahagi kepada kaum-kaum utama, yang mana sejak awal lagi rakyat Malaysia telah dipecahkan dan diwujudkan satu jurang maya antara mereka. Walaupun wujud perhubungan antara sekolah-sekolah tersebut, namun jurang yang telah awal-awal lagi diwujudkan tidak akan dapat dirapatkan kerana mereka telah dipisahkan oleh sistem persekolahan berdasarkan kaum. Tiada siapa yang dapat menafikan, bahawa sistem inilah yang telah menyebabkan berlakunya kepincangan perpaduan di negara kita. 

Sekolah-sekolah berasaskan kaum diwujudkan sebagai jaminan kepada kaum pendatang bahawa kepentingan mereka akan dijaga, bahasa dan budaya ibunda mereka akan terus kekal, dan mereka bukanlah dibentuk atau dipaksa untuk menjadi Melayu. Kaum Cina dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), India dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), namun tidak wujud pula Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu! Hanya yang ada ialah sekolah kebangsaan yang pada dasarnya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dalam setiap perkara sejak dari bangku sekolah lagi. 

Oleh itu, kita perlu membayar harga yang mahal bagi menyemarakkan perpaduan nasional dalam pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan. Malah, kita juga tidak lari dari pertelingkahan antara kaum yang kadangkala terjadi, sesuatu yang tidak boleh dipastikan seratus peratus dalam sebuah negara berbilang kaum. Sebaliknya, dengan menyemarakkan perpaduan sejak peringkat awal lagi merupakan satu kelebihan yang harus direbut, kerana kebudayaan, bahasa ibunda dan jatidiri sesuatu kaum tidak akan terhapus hanya kerana mereka telah bercampur dengan pelbagai kaum sejak kecil lagi. 

Kerajaan yang mungkin telah menyedari isu ini telah pun cuba untuk melakukan pengubahsuaian terhadap sistem persekolahan yang menyatukan pelbagai kaum. Namun demikian, konsep sekolah wawasan yang menyaksikan perkongsian beberapa premis dalam satu bumbung bukanlah satu langkah bijak! Jika konsep ini berkesan sekalipun, mengapakah tidak ternampak sebarang kemajuan dalam bilangan sekolah yang disatukan ataupun kemajuan program ini terlalu perlahan ataupun telah digugurkan?. Seperkara lagi, jika konsep ini benar-benar ingin dipraktikkan, bagaimana pula dengan premis-premis sekolah yang telah sekian lama wujud, yang berselerak di seluruh pelusuk negara. 

Mungkin bagi orang-orang Melayu, isu penyeragaman sistem persekolahan ini mungkin menjadi satu ancaman kepada survivality kaum Melayu yang bergelut dengan meritokrasi dan penguasaan ekonomi oleh kaum lain misalnya, tetapi satu kajian khusus perlulah dijalankan bagi memastikan kepentingan kaum Melayu tidak terjejas, dan kaum-kaum lain pula dapat menyertai bersama-sama ke arah pemantapan perpaduan nasional. 

Ahli-ahli politik kaum-kaum bukan Melayu perlulah berhenti daripada terlalu lantang memperjuangkan sistem persekolahan bangsa mereka yang telah sekian lama dipraktikkan, yang sering dijadikan bahan berkempen seterusnya menagih pembiayaan kerajaan terhadap sekolah-sekolah kaum mereka. Sebaliknya tugas baru mereka adalah memastikan ahli-ahli masyarakat dapat menerima sekolah kebangsaan dengan pemansuhan sekolah jenis kebangsaan. Sepatutnya tiada lagi kedengaran alasan-alasan kebudayaan, bahasa ibunda dan sebagainya, kerana sekolah-sekolah kebangsaan sekalipun boleh menawarkan bahasa-bahasa ibunda mereka, manakala kebudayaan dan tradisi bangsa dapat diserapkan melalui aktiviti kokurikulum. 

Bagi bangsa Melayu pula, penerimaan terhadap kewujudan kaum-kaum lain dalam satu sistem haruslah diterima dengan hati terbuka. Soal persaingan bukanlah masalah, kerana dewasa ini banyak kejayaan dan pencapaian telah membuktikan bahawa bangsa Melayu lemah dan malas adalah mitos semata-mata. Secara praktikal, sistem ini nampaknya memberi kelebihan kepada kaum-kaum bukan Melayu kerana memberikan mereka peluang bersaing dengan kaum Melayu sejak peringkat awal lagi. Namun bagi kaum Melayu pula, peluang bersaing ini sepatutnya akan meningkatkan keupayaan bangsa untuk terus berjaya dan memacu ekonomi dan sosial tanahair. 

Walau sepanjang manapun perbincangan ini, pokok dan akar persoalannya akan kembali kepada bangsa Melayu juga. Seperti yang telah dinyatakan, isu meritokrasi masih lagi menjadi topik bagi sesetengah pihak yang ingin mengembalikan semula sistem kouta atas agenda memastikan jurang ekonomi dan sosial bandar dan luar bandar dapat terus diperbaiki dan isu ini semestinya isu bangsa Melayu! Kaum Melayu yang masih lagi mengejar penguasaaan dalam bidang ekonomi juga perlu mengelakkan persaingan dengan kaum lain kerana persaingan pastinya mewujudkan risiko. Mungkin penyeragaman sistem persekolahan akan mewujudkan persaingan pada peringkat awal, dan jika Kaum Melayu belum benar-benar bersedia, mereka pasti akan tewas sejak awal lagi. 

Dengan banyak lagi agenda lain yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin kaum Melayu bagi memastikan bangsanya tidak ketinggalan dalam arus perdana pembangunan negara, pemimpin pemimpin kaum lain tidak sepatutnya mengambil kesempatan sebaliknya harus menyedari bahawa kewujudan mereka di dumi Malaysia secara selesa ini adalah atas semangat toleransi orang-orang Melayu terdahulu. Namun tiada siapa yang boleh memastikan, samada Melayu atau bukan Melayu bahawa kita semua sama-sama ikhlas di atas satu landasan ke arah pemantapan perpaduan nasional. 

Kepada orang-orang Melayu, inilah harga yang perlu dibayar atas ‘ketoleransian’ nenek moyang kita terdahulu yang menerima kemerdekaan dengan pelbagai syarat penjajah. Bukanlah masanya untuk kita menyalahkan mereka biarpun jika benar mereka telah melakukan kesilapan, tetapi masa telah berlalu dan inilah tugas kita untuk memperbetulkan keadaan. Mungkin nenek moyang kita sudah terlau lama terjajah, dan mereka benar-benar ingin menghadiahkan kemerdekaan kepada generasi kita, dengan dihadiahkan sekali pelbagai tugas berat yang perlu diteliti sebaik mungkin. 

Namun, saya percaya kaum Melayu, apabila diberi sedikit tekanan dan tidak sama sekali meletakkan mereka dalam zon selesa, akan mampu bersaing dan membuktikan keunggulan bangsa Melayu. Sama-samalah kita meneliti perkara ini, jangan sampai generasi masa depan akan mempersalahkan kita kelak. Bukanlah tidak berterima kasih atau mengenang jasa-jasa pejuang kemerdekaan dan pemimpin-pemimpin bangsa yang mengabdikan diri mereka terhadap perjuangan bangsa, tetapi bak kata pepatah orang-orang Melayu, Diluah Mati Emak, Ditelan Mati Bapak

Kita tidak boleh lagi membiarkan masa yang membuat keputusan mengenai nasib perpaduan nasional. Sebaliknya, keberanian dalam kematangan usia kebebasan 50 tahun ini perlulah dijadikan sandaran untuk pengubahan paradigma dan menjanjikan masa depan negara yang lebih manis dengan perpaduan nasional yang benar-benar utuh. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-50. Negaraku Gemilang. Dirgahayu  Malaysia. 

Singapore Anchorage, MT Bunga Kelana 4, 5.15 pagi, 26-11-2006. 

Saya tidak menyatakan sokongan kepada mana-mana konsep termasuklah Bangsa Malaysia, sekadar pendapat untuk pengukuhan perpaduan antara kaum yang telah saya hayati sejak bangku sekolah lagi. Penghargaan kepada rakan-rakan rapat saya semasa sekolah kebangsaan dahulu, 1993-1998. Wee Ern Soon, Maheshwaran A/L Logeshwaran dan Abdul Hafiz bin Sheikh Abdullah. Ketoleransian, persahabatan, dan perpaduan antara kaum seawal usia 7 tahun, sehingga ke hari ini. Persekolahan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar memberi saya tempoh masa berfikir tentang bangsa dan nusa.    

Wakata Wakata Gaban Julai 1, 2007

Posted by Ahmad Badri Alwi in Uncategorized.
add a comment

Tahukah anda?

Superhero Gaban mengambil masa hanya 0.02 saat untuk memakai kostum superheronya.